2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Kematian MERS di Saudi cecah 102 orang

JEDDAH, 28 April 2014 - Kematian akibat jangkitan Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV) di Arab Saudi meningkat kepada 102 orang semalam sejak 2012, dengan 10 lagi kes kematian terbaru dicatat semalam.
 
Antara mangsa terlibat merupakan bayi berusia sembilan bulan serta wanita warganegara Indonesia berusia 61 tahun.
 
Ancaman jangkitan tersebut menyebabkan ketakutan dalam kalangan orang awam apabila sebanyak 39 kematian berlaku dalam bulan ini sahaja, kira-kira satu pertiga daripada jumlah korban setakat ini.
 
Kementerian Kesihatan melaporkan, 16 kes terbaru turut dikesan di Jeddah, Tabuk dan Riyadh, antaranya membabitkan tiga orang doktor dan enam orang jururawat warganegara Filipina.
Sementara itu, Menteri Kesihatan Arab Saudi, Adel Fakeih telah mengarahkan jabatan kesihatan menyediakan empat buah pusat rawatan MERS-CoV di Najran, Jeddah, Riyadh dan Dammam.
 
Menteri Pendidikan, Khaled al-Faisal pula menggesa pihak sekolah untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghalang penyebaran virus itu dalam kalangan pelajar.
 
Menurut beliau, sehingga kini tiada kes MERS-CoV dilaporkan di sekolah-sekolah yang terus beroperasi walaupun kes jangkitan semakin membimbangkan.
 
Bilangan pengunjung hospital turut dilaporkan menurun selepas kes MERS-CoV dikesan dalam kalangan doktor dan jururawat, manakala pihak kementerian dilaporkan hanya mengenakan langkah pencegahan biasa berikutan kes penyakit itu.
 
Dalam perkembangan sama, wakil Kementerian Haji, Abdullah Marghalani berkata, pihaknya masih belum mengadakan sebarang langkah khusus bagi menangani wabak MERS-CoV.
 
Namun, tambah beliau, kes penyakit itu tidak memberi kesan terhadap jumlah pengunjung ke negara ini dan menambah, seramai 3.8 juta jemaah umrah melawat Arab Saudi tahun ini. - AFP/Agensi
 
Unknown , Selasa, April 29, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog