2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Kanta sentuh berkamera

NEW YORK, 16 April 2014 - Peneraju enjin carian global, Google Inc dilapor telah memfailkan paten untuk sistem kanta sentuh pintar yang dilengkapi kamera sekali gus mampu mengecilkan saiz teknologi sebelum ini yang dipanggil Google Glass.
Menerusi kanta sentuh pintar itu, pengguna hanya perlu menggunakan 'satu sistem canggih yang menggunakan corak kerlipan', berdasarkan kajian syarikat Patent Bolt berbeza dengan gajet Google Glass yang memerlukan pemakai kaca mata pintar berkenaan menggunakan suara mereka untuk mendapat maklumat daripada laman web atau merakam gambar.
 
Malah, pemakai kanta sentuh pintar itu akan kelihatan berbeza berbanding orang ramai yang menggunakan Google Glass.
 
Berita tentang tindakan Google memfailkan paten kanta sentuh itu muncul beberapa bulan lalu selepas syarikat berkenaan memperkenalkan satu prototaip kanta sentuh yang mampu mengawal paras glukosa dalam badan.
 
Ciptaan itu yang dihasilkan syarikat Google X Labs boleh memberi sumbangan terbesar kepada jutaan penghidap penyakit kencing manis yang perlu mengukur kandungan gula dalam darah mereka dengan mengeluarkan sedikit darah daripada jari mereka.
 
Menurut Patent Bolt, teknologi kanta sentuh pintar itu boleh membantu golongan buta untuk 'melihat' sesetengah objek.
 
"Sebagai contoh, orang buta yang memakai kanta sentuh pintar Google yang dilengkapi kamera boleh berjalan di laluan kaki lima yang hampir dengan persimpangan. Komponen analisis kanta sentuh itu boleh memproses data imej dari kamera untuk menentukan sekiranya terdapat kereta yang menghampiri persimpangan itu," katanya sebagaimana lapor laman Yahoo.com.
 
Unknown , Khamis, April 17, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog