/

Bahayanya ‘headphone’ & ‘earphone’

Penulis sendiri wajib mengenakan 'earphone' setiap malam untuk mendengar muzik daripada iPod peribadi. Namun hakikatnya selepas mengetahui pelbagai keburukan dan kesan daripada penggunaannya, MURSHID EUNOS mencari alternatif mengurangkan obsesi ini.
 
Tidak pelik kalau dilihat anak muda menggunakan 'earphone' untuk mendengar muzik ketika menunggu teman, duduk seorang diri sambil minum atau membaca dan paling kronik menjadikan kewajipan untuk tidur malam. Itu adalah obsesi kebanyakan anak muda hari ini.
 
 
Malah, ada juga yang mengenakan 'headphone' untuk kelihatan lebih bergaya lebih-lebih lagi beberapa jenama terkenal dari barat sudah memperkenalkannya sebagai satu gaya hidup moden terbaru golongan remaja seluruh dunia. Justeru mana mungkin remaja kita mahu ketinggalan.
 
Ada juga yang mengenakan 'earphone' ketika memandu bagi mengelakkan kecuaian bercakap dalam telefon ketika memandu. Kemudian 'earphone' itu tidak ditanggalkan walaupun sudah habis berbual.
 
Semua tindakan ini ada kesannya dan berbahaya namun jarang sekali kita sedar. Mengikut kajian, penggunaan kedua-dua alat ini boleh menyebabkan kesan negatif berpanjangan. Apakah sebabnya?
 
Meningkatkan kadar bakteria dalam ­telinga
Percaya atau tidak, udara bersih di sekeliling anda tidak berupaya memasuki telinga. Ini kerana pemakaian alat itu menyebabkan ruang udara di telinga menjadi padat dan kecil. Bakteria yang didapati dalam telinga juga akan meningkat jumlahnya jika anda terus menerus memakai alat itu tanpa henti.
 
Mengikut kajian, telinga anda tidak boleh menampung pelbagai bakteria dan pemakaian dua alat kegemaran golongan muda ini secara berterusan akan menyebabkan kesakitan pada telinga pada masa hadapan.
 
Mendengar muzik dengan kuat pada 'earphone' boleh merosakkan telinga dan menurunkan kekuatan daya pendengaran
 
Ketika anda memakai alat ini, ia berada berdekatan bahagian dalam telinga yang sensitif. Anda akan kehilangan keupayaan mendengar secara efektif sekiranya muzik dengan 'volume' yang kuat didengar secara berterusan.
 
Namun, itulah realiti kebanyakan anak muda ketika menggunakan alat ini yang mana mereka lebih gemar meletak 'volume' kuat seakan-akan mendengar konsert atau menonton acara sebenar. Kajian mengatakan yang masalah pendengaran adalah lebih tinggi dalam kalangan 'earphone' berbanding alat pembesar suara di rumah.
 
Memakai dua alat ini ketika memandu atau melancong tidak digalakkan
Memanglah pemakaian alat ini dikatakan sebagai trend, tapi ada juga situasi di mana alat ini tidak boleh dipakai kerana bahaya yang menanti. Misalnya, penggunaan alat ini di saat memandu adalah sangat ditegah. Anda tidak mendengar bunyi kenderaan di belakang atau di depan anda dan ini boleh menyebabkan kemalangan yang tidak diingini berlaku.
 
Banyak laporan berita dan rekod yang mengatakan punca berlakunya kemalangan dalam kalangan anak muda adalah mereka sedang menggunakan 'headphone' ketika memandu hingga tidak sedar isyarat yang diberikan oleh kereta lain.
 
Kesan negatif pada kesihatan
Walaupun mendengar muzik di telinga tampak lebih tenang dan santai, ia juga menyebabkan kepala pening bagi sesetengah orang. Tidak cukup dengan itu, perkongsian alat ini juga boleh membawa kepada masalah jangkitan telinga.
 
Sebaiknya bersihkan 'headphone' dan 'earphone' anda dengan sanitizer sebelum atau selepas berkongsi bersama rakan.
 
 

* Oleh Murshid Eunos, Harian Metro
Unknown , Isnin, April 14, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog