Sebuah kapal terkandas di Tasik Oroumish, barat laut Iran selepas tasik air masin tersebut kering.
TEHERAN, 20 Feb. - Keluasan Laut Oroumieh di barat laut Iran yang merupakan satu daripada tasik air masin terbesar di dunia, dilaporkan menyusut lebih daripada 80 peratus kepada hanya 1,000 kilometer persegi dalam tempoh 10 tahun berikutan perubahan cuaca.
Disebabkan keadaan itu, batu-batu yang diselaputi garam yang sebelum ini berada di dasar tasik, kini kelihatan seperti berada di tengah-tengah gurun.
Tasik itu sebelum ini menjadi sumber sistem pengairan ladang-ladang berhampiran serta sungai-sungai.
Pakar melahirkan kebimbangan, tasik yang merupakan antara destinasi pelancongan dan lokasi persinggahan burung migrasi termasuk burung flamingo dan burung camar, akan terus kering dalam tempoh dua tahun jika tiada usaha untuk memuliharanya.
Presiden baru Iran, Hassan Rohani baru-baru ini turut melancarkan kempen untuk menyelamatkan tasik tersebut.
Kabinet pimpinan Hassan membentuk satu pasukan untuk menjemput ahli-ahli akademik di Iran dan pakar-pakar asing bagi membantu mencari penyelesaian terhadap masalah tersebut.
Ketua pasukan tersebut, Isa Kalantari berkata, manusia merupakan punca utama tasik itu mengering dan bukan cuaca.
"Tasik ini menjadi kering kerana pengurusan sumber yang salah dan kita sebagai manusia tidak memuliharanya. Kini kita perlu melaksanakan pemuliharaan. Lima juta penduduk di rantau ini terpaksa berpindah jika tasik ini kering,"'' katanya. - Agensi
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "