Rakyat rancang lebih menyimpan Rakyat di negara ini mengambil langkah proaktif untuk menjelaskan hutang mereka.
SEMBILAN daripada 10 rakyat Malaysia kini merancang untuk lebih menyimpan berbanding enam bulan lalu, demikian menurut kajian Keutamaan Membeli Pengguna MasterCard yang terbaru.
Dalam satu kenyataan, MasterCard berkata, responden menyenaraikan pelaburan dan persaraan sebagai sebab utama untuk menyimpan, diikuti mengubahsuai atau membina rumah.
Syarikat itu berkata, berdasarkan kajian, berikutan penurunan pendapatan isi rumah, rakyat Malaysia berpendapat mereka akan mengurangkan beberapa perkara dengan percutian ke luar negara berada dalam senarai utama diikuti makan di luar dan percutian dalam negara.
"Keperluan untuk simpanan tetap dan membayar hutang adalah perkara yang tidak akan dikurangkan," kata syarikat itu.
Berdasarkan kajian, walaupun terdapat peningkatan pendapatan isi rumah, rakyat Malaysia menunjukkan aliran yang sama dengan pilihan yang paling popular ialah menjelaskan hutang, diikuti menyimpan duit dalam akaun simpanan mereka.
"Data menunjukkan rakyat Malaysia sedar mengenai hutang mereka dan proaktif untuk menjelaskan hutang-hutang itu," kata MasterCard.
Ketua Negara MasterCard Worldwide Malaysia dan Brunei, Safdar Khan berkata, di rantau Asia-Pasifik, Malaysia adalah antara negara yang penggunanya merancang untuk lebih menyimpan.
"Ini adalah langkah positif yang boleh membantu rakyat Malaysia menangani bahayanya berbelanja lebih dan membantu menguruskan hutang mereka, yang akhirnya akan menyumbang ke arah kestabilan kewangan yang lebih baik," katanya dalam kenyataan itu.
MasterCard berkata, kajian turut menunjukkan ramai rakyat Malaysia mendakwa memahami pengurusan wang asas melalui pemahaman kewangan hari ke hari dari segi perbelanjaan, kira-kira empat daripada 10 orang mengaku mengalami masalah mengasingkan wang mereka.
Kira-kira 50 peratus daripada responden juga menghadapi masalah untuk menjelaskan bil dan komitmen terhadap kredit. - Bernama
Selasa, Februari 25, 2014
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Rakyat rancang lebih menyimpan silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "