/

Ketahui 7 cara mengatasi masalah Radang Kulit / Alergi

Kulit yang terdedah kepada masalah alergi dan sensitif perlu mendapatkan rawatan yang betul. Salah memakai produk atau kosmetik pada kulit anda maka kemungkinan besar berlaku iritasi dan menyebabkan kulit anda menggerutu, kemerah-merahan ataupun melepuh.
Berikut beberapa langkah mudah yang boleh anda lakukan jika anda mendapat masalah alergi pada kulit
  1. Banyak masalah kulit seperti psoriasis, rosacea, ekzema, folliculitis (pembengkakan folikel rambut), an reaksi terhadap makanan boleh menyebabkan kulit jengkel, membengkak, merah, gatal, bersisik atau ruam. Kenali masalah kulit anda dengan berjumpa dengan pakar ataupun cuba baca dahulu mengenai masalah kulit anda di Internet.
  2. Cari produk atau bahan  yang menyebabkan masalah bagi kulit anda dan hentikan penggunaannya. Hal ini merupakan prosedur yang cukup mudah. Jika anda mula menggunakan concealer dan dalam beberapa jam kawasan kulit yang telah disapukan concealer tersebut menjadi merah, gatal, dan bengkak, maka jelas bahawa concealer tersebutlah yang menyebabkan masalah radang kulit anda. Dalam beberapa kes, proses melihat reaksi kulit tidak berlaku dengan cepat. Oleh sebab itu,  kesabaran dan kerajinan bereksperimen dengan yang anda syak membawa masalah bagi kulit anda.
  3. Gunakan krim cortisone yang berfungsi untuk menghentikan pembengkakkan pada kulit anda. Jika iritasi kulit muncul, aplikasikan krim pada kawasan yang dijangkiti selama beberapa hari, walaupun selepas kulit kembali normal. Ingatlah bahawa kulit boleh terkena reaksi alergi atau sensitif untuk tempoh masa yang panjang. Jangan takut dengan penggunaan krim cortisone dalam jangka masa pendek. Penggunaan krim cortisone dalam jangka waktu panjang (lebih daripada 2 atau 3 bulan penggunaan secara terus menerus) boleh menyebabkan kerosakan kolagen dan elastin pada kulit.
  4. Jangan menggunakan unsur lain yang boleh menyebabkan iritasi pada kawasan kulit yang dijangkiti. Produk wangian, scrubs, kain lap, AHA, Retin-A, Renova, benzoyl peroxide, pemutih kulit, atau produk penjagaan kulit yang lain dengan bahan aktif boleh mencetuskan iritasi dan hanya menambah masalah radang kulit anda.
  5. Elakkan sauna, steam, aktiviti yang berpeluh, atau menggosok kawasan yang dijangkiti, kerana semuanya itu boleh mencetuskan reaksi alahan kulit.
  6. Jika masalah tidak juga bertambah baik selepas empat hingga enam minggu, anda harus segera mencari pakar kulit untuk mendapatkan pemeriksaan.
  7. Apabila anda mempunyai reaksi alergi yang serius (dalam bentuk tompok merah, kulit dan mata sangat membengkak, atau ruam-ruam berwarna merah yang terasa hangat atau gatal ), rujuk kepada doktor untuk membincangkan pilihan ubat yang boleh diminum untuk menghentikan gejala sakit anda.
 
 
 
Unknown , Khamis, Februari 20, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog