2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Flor De La Mar bernilai RM6.6 bilion

KULAIJAYA, 23 Februari 2014 - Bangkai kapal milik tentera Portugis, Flor De La Mar, yang membawa pelbagai barangan berharga bernilai lebih RM6.6 bilion (AS$2 bilion) dan dipercayai karam berhampiran lautan Acheh, mampu diapungkan melalui hasil kerjasama tiga negara.
 
Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Dr Rahim Thamby Chik berkata, kapal berkenaan membawa pelbagai perbendaharaan yang dikumpul ketika Portugis menawan Melaka termasuk 22 peti wang emas dan perak, selain dua patung monyet disaluti batu permata.
Menurutnya, kerjasama antara kerajaan Malaysia, Indonesia dan Portugal adalah penting memandangkan kapal berkenaan tenggelam di perairan negara itu malah bantuan kajian akademik tempatan membuktikan harta yang dirampas pada 1511 itu adalah dari Melaka.
 
"Saya telah menyerahkan usul mengapungkan Flor de La Mar kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) bagi mempertimbangkan pelaksanaannya. Sebelum ini, pihak Sea Treasure Hunters pernah melakukan percubaan mengapungkan kapal terbabit, namun gagal.
 
"Kita perlukan kerjasama dengan kerajaan Portugal kerana mereka mempunyai kajian tepat mengenai lokasi harta ini. Manakala, Malaysia juga terlibat kerana khazanah itu diambil dan dirampas oleh tentera Portugis diketuai Alfonso De Albuquerque dari bumi Melaka," katanya.
 
Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Melaka berkata demikian pada sidang media Majlis Perasmian Program Usahawan Bumiputera Perlu Bijak Rancang Strategi di Dewan Bandar Putra, Kulaijaya, di sini, semalam.
 
Rahim berkata, berdasarkan imej satelit turut mendapati lebih 30 kapal berada di dasar laut berhampiran kapal Flor De La Mar.
 
Menurutnya, bagi mengapungkannya kapal berkenaan memerlukan penggunaan teknologi tertentu dengan menelan kos sehingga RM98.9 juta (AS$30 juta).
 
"Bagi merealisasikannya, saya mencadangkan satu jawatankuasa penyelaras dan penyelidik ditubuhkan dengan penglibatan daripada beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Muzium sebelum proposal ini dibawa ke luar negara.
 
"Saya menawarkan diri sebagai peneraju peringkat awal jawatankuasa yang bakal ditubuhkan kerana mempunyai hubungan rapat dengan Portugal. Saya berharap menerima respons baik daripada Presiden baharu Indonesia yang bakal dilantik pada April ini," katanya.
 
Sekiranya berjaya mengapungkan Flor De La Mar, Rahim mengakui ia mempunyai nilai sejarah tinggi untuk dipamerkan mengenai kemajuan Tamadun Melayu Melaka.
 
Tambahnya, berdasarkan taksiran daripada pelelong antarabangsa di London, harta di perut kapal itu juga bernilai tinggi. – Sinar Harian
Marjaki Rawo , Isnin, Februari 24, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog