Ekoran peletakan jawatan Tun Daim Zainuddin daripada portfolio kewangan pada 2001, beliau bergerak senyap, mencipta tanggapan untuk sesetengah pihak bahawa beliau bersara.
Tanggapan itu berubah pada 2004 apabila beliau mencuri perhatian ekoran penglibatan pembelian saham Alliance Financial Group (AFG) milik penuh Alliance Bank Malaysia, oleh Temasek Holding.
Ini bukan satu-satunya penglibatannya dengan Temasek.
"Memandangkan saya tahu tentang Temasek, mereka kata mereka mencari peluang di Malaysia. Mereka minta saya buat penelitian," Daim dipetik sebagai berkata dalam wawancara dengan Far Eastern Economic Review berhubung penglibatannya dengan Temasek.
Tiga tahun kemudian, tanggapan bahawa Daim bersara sama sekali berubah.
Sebaliknya gambaran baru muncul, Daim kelihatan maju ke peringkat global, termasuk menasihatkan kerajaan Singapura dan Brunei berhubung pelaburan mereka.
Pada 17 Mei 2007, London Alternative Investment Market (AIM) mengalu-alukan penyenaraian baru ICB Financial Group Holdings AG, yang mempunyai lebih sedozen anak syarikat di pelbagai negara, termasuk Eropah, Afrika dan Asia.
Dua tahun selepas penyenaraian, ICB Financial Group mempunyai aset keseluruhan sebanyak AS$1.32 bilion (RM4.35 bilion).
Sebelum penyenaraian ICB Financial Group di bursa saham London, Daim adalah pemegang saham tunggal untuk operasi perbankan global itu.
Beliau mengekalkan pegangan majoriti selepas tawaran awam permulaan (IPO).
Daim dikatakan "jatuh cinta dengan bank" oleh teman rapatnya. Malah, beliau terlibat dengan bank sebelum menyertai kabinet sekitar tahun 80-an.
Ketika dihubungi KiniBiz, Daim enggan memberikan reaksi segera terhadap artikel ini. - MalaysiaKini
Isnin, Februari 24, 2014
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Daim, 'godfather' korporat Malaysia silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "