Selasa, 3 September 2013

Termahal dunia Gareth Bale pintas Ronaldo

G

ARETH Bale muncul pemain bola sepak paling mahal di dunia selepas melengkapkan perpindahan bernilai RM439 juta ke Real Madrid, semalam. Nilai perpindahan itu sekali gus memintas rekod pembelian Cristiano Ronaldo berjumlah RM409 juta pada 2009.

 

Difahamkan, pemain Wales berusia 24 tahun itu bakal menerima gaji RM1.5 juta seminggu atau RM127 seminit setiap kali beraksi bersama Los Blancos.

 

Selepas melalui proses panjang, Gareth Bale akhirnya secara rasmi berpindah dari Tottenham Hotspur ke pasukan gergasi La Liga, Real Madrid.

 

Bale yang memulakan karier bersama kelab Southampton dibeli Spurs hanya dengan harga sekitar RM51 juta pada musim 2007/2008.

 

Beliau mencapai puncak prestasi pada musim lalu selepas bermain di White Hart Lane sejak enam tahun lalu.

 

Bersama Spurs, bintang Wales itu menyumbang 21 gol dalam 33 perlawanan sepanjang pembabitan di Liga Perdana Inggeris (EPL) dan telah mempamerkan persembahan luar biasa  membuatkan Real mahu segera mendapatkannya dengan nilai yang tinggi.

 

Difahamkan, yuran perpindahan penyerang berusia 24 tahun itu mencecah RM439 juta dengan Bale menerima gaji RM1.5 juta seminggu.

Bale ketika ditemu bual media berkata, impiannya menjadi kenyataan selepas mengikat kontrak bersama gergasi Sepanyol itu.

 

"Saya tahu ramai pemain ingin menyertai Real. Secara jujur, saya katakan impian ini terlaksana dan saya bukan sekadar bermimpi.

 

"Namun, Tottenham sentiasa di hati dan percaya ini akan menjadi satu musim berjaya  buat mereka.

 

"Kini, saya tidak sabar meneruskan cabaran baru dalam kehidupan," katanya mengucapkan terima kasih kepada kelab, pengerusi, staf, jurulatih dan pemain Spurs.

 

Untuk rekod, Bale muncul pemain  pertama Wales bermain bersama Los Merengues.

 

Trivia

Gareth Bale  bakal terima gaji mingguan sebanyak RM1.5 juta

Agihan Pendapatan:

Ø  RM68 juta setahun

Ø  RM186,000 sehari

Ø  RM7,765 sejam

Ø  RM127 seminit

 

Senarai pemain termahal dunia

 

Nama: Cristiano Ronaldo

Dari: Manchester United ke Real Madrid, Jun 2009

Nilai: RM409 juta

Umur: 28

 

Nama: Kaka

Dari: AC Milan ke Real Madrid, Jun 2009 

Nilai: RM287 juta

Umur: 31

 

Nama: Edinson Cavani

Dari: Napoli ke Paris Saint-Germain, Julai 2013

Nilai: RM281 juta

Umur: 26

 

Nama: Radamel Falcao

Dari: Atletico Madrid ke AS Monaco, Mei 2013

Nilai: RM261 juta

Umur: 27

 

Fernando Torres (Liverpool ke Chelsea, Jan 2011) - RM256 juta

Neymar (Santos ke Barcelona Mei 2013) - RM248 juta

Zinedine Zidane (Juventus ke Real Madrid, Julai 2001) - RM233 juta

Zlatan Ibrahimovic (Inter Milan ke Barcelona Julai 2009) - RM204 juta

Hulk (Porto ke Zenit St Petersburg, Julai 2012) - RM202 juta

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan