ANGGUR amat kaya dengan serat dan nutrisi yang baik untuk tubuh badan.
S |
ELAIN rasa yang enak dan segar, anggur ternyata dapat memberikan zat dalam tubuh badan dan membantu menyumbang memperoleh kesihatan yang baik untuk kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.
Menurut kajian yang disiarkan di dalam Journal of Food Science baru-baru ini, pengambilan buah itu boleh dibuat sama ada dengan memakan anggur yang segar, kismis dan minum jus.
Penemuan itu dibuat menerusi analisis data melibatkan lebih 21,800 kanak-kanak dan orang dewasa yang dilakukan Kajian Pemeriksaan Pusat Kesihatan dan Nutrisi Kebangsaan di Amerika Syarikat yang membuat kajian terhadap pola pemakanan penduduk Barat.
Para penyelidik memberitahu, anggur dan kismis amat kaya dengan serat manakala jus anggur memiliki banyak nutrisi yang dapat membantu melawan penyakit jantung dan kanser.
Menurut ketua penulis tentang kajian anggur itu, Dr. Carla McGill, pengambilan buah itu akan dapat meningkatkan kesihatan jika si pemakannya kurang mengambil makanan yang tidak menyihatkan tubuh badan.
Makanan yang tidak menyihatkan itu, katanya, adalah seperti pengambilan lemak dan gula.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan