Selasa, 2 Julai 2013

EU tanya alasan AS intip sahabat

BRUSSELS / BERLIN, 02 Julai 2013 - Kesatuan Eropah (EU) menuntut Amerika Syarikat menjelaskan laporan majalah Jerman bahawa Washington mengintip mereka.

 

Pesuruhjaya Tinggi EU, Catherine Ashton berkata kelmarin bahawa Amerika segera dihubungi mengenai laporan majalah Der Spiegel bahawa agensi perisikannya mengintip pejabat EU di Washington, Brussels dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sebaik saja kami melihat laporan itu, Perkhidmatan Tindakan Luar Eropah berhubung pegawai Amerika di Washington DC dan Brussels untuk meminta penjelasan segera berhubung kebenaran, faktanya, kata Ashton dalam satu kenyataan.

 

Pihak berkuasa Amerika memberitahu kami, mereka sedang memeriksa kesahihannya dan akan menjawab secepat mungkin, katanya.

 

Perancis turut memohon satu penjelasan. Fakta ini jika disahkan, tidak dapat diterima, kata Menteri Luarnya, Laurent Fabius.

 

Bincang isu dua hala

K

erajaan Amerika pula berkata, ia akan memberi maklum balas menerusi saluran diplomatik.

 

Kami juga akan membincangkan isu itu secara dua hala dengan negara anggota EU, kata jurucakap Pengarah Perisikan Kebangsaan (NSA).

 

Ketika ini kami tidak akan mengulas secara terbuka dakwaan aktiviti perisikan, kami sudah jelaskan bahawa Amerika mengumpul perisikan asing ke atas semua negara.

 

Akhbar The Guardian dalam satu artikel lewat kelmarin berkata, Amerika juga menyasarkan sekutu bukan Eropah. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan