SKUDAI, 11 Jun 2013 - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memperbaiki kedudukannya dalam QS Asian Ranking 2013 apabila berada di kedudukan ke-68 berbanding tangga ke-74 pada tahun lalu.
Ketika mengumumkannya, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ir. Dr Mohd. Azrai Kassim berkata, kedudukan itu hasil kejayaan dan kecemerlangan UTM dalam bidang penyelidikan, kejuruteraan dan teknologinya.
"Kecemerlangan UTM di peringkat Asia dalam bidang kejuruteraan dan teknologi berjaya dikekalkan untuk tahun kedua.
"UTM juga berada di kedudukan ke-45 dalam kalangan 50 universiti terkemuka di Asia dalam bidang kejuruteraan dan teknologi sekali gus mengekalkan rekod pada tahun lalu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar pengumuman kedudukan terbaru UTM di rantau Asia di Bangunan Canseleri UTM di sini sebentar tadi. - Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan