Isnin, 17 Jun 2013

UN / PBB : Penduduk dunia cecah 8.1 bilion pada 2025

NEW YORK, 14 Jun 2013 - Unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikeluarkan semalam, penduduk dunia akan meningkat daripada 7.2 bilion ketika ini kepada 8.1 bilion pada 2025.

 

Penyumbang kepada pertumbuhan populasi dunia itu adalah negara sedang membangunan dengan sebahagiannya dari Afrika.

Menjelang 2050 pula, penduduk dunia mencecah kepada 9.6 bilion.

 

Penduduk India dijangka mengatasi China menjelang 2028 dengan kedua-dua negara akan mempunyai jumlah penduduk sekitar 1.45 bilion, demikian menurut Laporan Prospek Populasi Dunia.

 

Ketika penduduk India akan berkembang sekitar 1.6 bilion sebelum menurun kepada 1.5 bilion pada 2100, China pula dilihat mula menurun selepas 2030, dan menjunam kepada 1.1 bilion pada 2100. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan