Isnin, 17 Jun 2013

Mandela digelar lelaki bertopi

Mandela memakai topi bulu semasa lawatan di Scandinavia yang suhu pada waktu itu di bawah 0 darjah Celsius.

 

BEKAS Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela bukan saja dianggap sebagai wira buat rakyat negaranya, tetapi beliau juga terkenal dengan pelbagai gaya topi.

 

Mandela, 94, dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan pada paru-paru pada 8 Jun lalu.

 

Bagaimanapun, menurut Presiden Jacob Zuma, tahap kesihatan Mandela kini semakin pulih dan beliau memberi respons positif semasa menerima rawatan di hospital.

Laporan dipetik Reuters, Mandela juga merupakan presiden kulit hitam Afrika Selatan yang pertama pada tahun 1994 dan beliau berundur dari jawatannya lima tahun kemudian. - 15 Jun 2013

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan