Makkah: Dalam satu langkah yang tidak diduga bertujuan untuk mengelak kesesakan dan kejadian mati terpijak serta menjamin keselamatan tetamu Allah, pihak berkuasa Arab Saudi menggesa jemaah haji domestik dan juga luar negara menangguhkan hasrat mereka menunaikan ibadah itu tahun ini.
Ini kerana kerja-kerja meluaskan Masjidil Haram yang masih berjalan.
Gesaan itu menyusuli keputusan kerajaan untuk mengurangkan jumlah jemaah asing sebanyak 20 peratus dan jemaah tempatan sebanyak 50 peratus tahun ini.
Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh menyokong langkah itu dengan berkata, ia untuk kepentingan awam.
Dalam beberapa siri pengumuman menerusi rangkaian televisyen Kitab Suci Al-Quran yang disiarkan dari Makkah, kerajaan menasihatkan jemaah yang berhasrat menunaikan haji dan umrah tahun ini supaya menangguhkan rancangan mereka bagi mengurangkan kesesakan di Masjidil Haram.
“Kerajaan tidak berhasrat menghalang sesiapa menunaikan haji. Yang diminta ialah mereka menangguhkannya bagi mengelak kesesakan dan membantu jemaah yang menunaikan ibadah itu buat kali pertama melaksanakannya tanpa kesulitan,” kata anggota Jawatankuasa Haji dan Umrah Dewan Perdagangan dan Industri Makkah, Saeed Al-Qurashi kepada wartawan.
Menurutnya, kawasan tawaf kini hanya mampu menampung 39,000 jemaah sejam dan sebarang kehadiran sejumlah besar jemaah akan menyebabkan kesesakan di dalam masjid.
“Apabila kawasan tawaf siap kelak, ia boleh memuatkan lebih 130,000 jemaah sejam. Kerana itu, adalah lebih baik jika saudara kita datang menunaikan haji tahun depan atau selepas dua tahun apabila mereka boleh melaksanakannya dengan selesa,” kata Saeed.
Timbalan Menteri Haji yang juga jurucakap kementerian, Hatem Qadi menegaskan perlunya untuk mengurangkan jemaah asing dan tempatan tahun ini.
“Tempoh mengurangkan jemaah haji tidak akan melebihi dua tahun. Kerja meluaskan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah bertujuan untuk membolehkan lebih ramai jemaah menunaikan ibadah umrah dan haji pada tahun akan datang. Ia untuk kebaikan jemaah,” katanya. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "