WASHINGTON, 11 Jun 2013 - Seorang kontraktor di Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) Amerika Syarikat (AS) yang membocorkan butiran program pemantauan sulit AS mula menghilangkan diri semalam.
Edward Snowden, 29, mengambil tindakan itu selepas dia mendedahkan dirinya kelmarin dalam satu wawancara bersama akhbar Guardian dan menjelang tuntutan daripada kerajaan AS untuk mengekstradisinya ke Washington.
Snowden yang menyediakan maklumat untuk laporan yang diterbitkan pada minggu lalu bahawa NSA memantau panggilan telefon dan data Internet daripada syarikat besar seperti Google dan Facebook, mendaftar keluar dari hotel yang didiami di Hong Kong beberapa jam selepas dia membuat pendedahan itu.
Kakitangan di sebuah hotel mewah di Hong Kong memberitahu Reuters, Snowden telah mendaftar keluar pada petang semalam.
Manakala seorang wartawan Guardian, Ewen MacAskill pula berkata, Snowden masih berada di Hong Kong.
Dia tidak mempunyai rancangan kerana sebelum ini dia merancang untuk mendedahkan maklumat itu tanpa dikenali.
"Saya jangka akan berlaku pertelagahan di antara Washington, Beijing dan kumpulan hak asasi manusia dan Snowden akan berusaha mendapatkan suaka politik dari negara lain," kata MacAskill.
Dalam pendedahannya, Snowden menyatakan NSA telah membina satu program pemantauan sulit yang dikenali sebagai PRISM yang boleh mengintip e-mel, kata laluan, rekod panggilan telefon dan maklumat kad kredit semua rakyat AS. - REUTERS

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "