Isnin, 17 Jun 2013

SARS: 2 warga asing korban terbaru di Arab Saudi

RIYADH, 16 Jun 2013- Dua lagi dilaporkan meninggal dunia di negara ini kerana dijangkiti virus Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), sekaligus membawa jumlah angka korban akibat virus tersebut setakat ini kepada 28 orang.

 

Menurut Kementerian Kesihatan Arab Saudi, kedua-dua mangsa adalah warga asing yang bekerja di negara yang kaya dengan minyak itu.

Seorang mangsa yang berusia 46 tahun dilaporkan meninggal dunia Rabu lalu, di bandar Wadi al-Dawasir, di selatan bandar Riyadh, manakala seorang lagi mangsa yang berusia 21 tahun dilaporkan mati kelmarin di Hafr al-Batin.

 

Sehingga kini, kira-kira 46 orang dikesan dijangkiti virus coronavirus yang dikenali sebagai MERS-CoV di negara ini sejak September lalu. - DPA

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan