Isnin, 3 Jun 2013

Qatar perketat kod media atas talian

DOHA, 31 Mei 2013 - Kerajaan Qatar kini memperketat kawalan terhadap media atas talian dan laman web berita sama seperti dilakukan kebanyakan negara Teluk.

Agensi berita Qatar melaporkan, tindakan itu bagi membendung aktiviti menghina kerajaan termasuk penularan Arab Spring yang kian membimbangkan.

 

“Langkah ini turut disokong oleh Barat selepas beberapa tangkapan dilakukan terhadap individu yang sering mencetuskan kekecohan di laman sesawang,” memetik laporan itu.

 

Menurut laporan itu lagi, kebayakan negara Teluk kini memperkukuhkan undang-undang media dengan mengenakan hukuman berat ke atas pesalah siber kerana tindakan mereka boleh menggugat keselamatan negara.

 

“Siaran berita, video atau apa juga maklumat yang mengaibkan kehidupan peribadi seseorang juga akan di sekat," menurut laporan itu lagi. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan