Isnin, 3 Jun 2013

Ketinggian warga ditingkat

BANGKOK, 02 Jun 2013 - Kementerian Kesihatan Awam mensasarkan untuk meningkatkan purata ketinggian golongan muda Thai kepada 175 sentimeter (sm) untuk lelaki dan 162sm untuk perempuan dalam tempoh 10 tahun. Ia juga berhasrat memanjangkan purata jangka hayat kepada 80 tahun melalui kempen meminum susu setiap hari.

 

Setiap rakyat Thai hanya meminum 14 liter susu setiap tahun, berbanding purata 60 liter di negara Asia Tenggara lain dan kadar purata 103.9 liter di dunia setiap tahun.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Cholanan Srikaew berkata, golongan muda Thai berusia 18 tahun lebih rendah daripada purata ketinggian 167.1sm bagi lelaki dan 157.4sm bagi wanita.

 

Cholanan membuat kenyataan itu pada Hari Susu, Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu Sedunia. Dia berkata, rakyat Thai patut digalakkan meminum susu. Bermula dengan kempen kementerian untuk menyasarkan agar 60 peratus (atau 800,000) bayi baru dilahirkan meminum susu ibu selama enam bulan, sebelum diberi makan makanan berkhasiat dan susu ibu hingga berusia dua tahun.

 

Rakyat Thai semua peringkat usia yang lain juga perlu digalakkan agar meminum susu lembu. - Bangkok Post

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan