Selasa, 11 Jun 2013

Penting cegah HIV peringkat awal

KUALA LUMPUR, 11 Jun 2013 - Suami isteri harus bersikap lebih terbuka dengan berbincang mengenai penyakit HIV supaya tidak dijangkiti pasangan atau zuriat.

 

Pengerusi Yayasan PT, Hisham Hussein berkata, pencegahan di peringkat awal dengan menjalani ujian saringan HIV penting dan pesakit juga tidak seharusnya merahsiakan dijangkiti virus berkenaan daripada pasangannya.

 

“Perbincangan mengenai penyakit ini antara suami isteri bukan bermaksud mahu menuduh pasangan berlaku curang tetapi untuk mengetahui mengenai HIV secara lebih mendalam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan muka depan akhbar ini, semalam yang mengisahkan seorang wanita merahsiakan dijangkiti HIV daripada suami keduanya selama enam tahun.

 

Hisham berkata, statistik melaporkan seramai 96,000 pesakit HIV di seluruh negara dengan 24,000 daripadanya adalah wanita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan