Elak Risiko Kanser Payudara :
5 jenis makanan yang harus dimakan
K |
etika berbicara mengenai cara untuk mengurangkan risiko kanser payudara, kita tidak boleh mengubah keadaan genetik yang diturunkan oleh keluarga. Tetapi anda boleh mengubah gaya hidup untuk mengurangkan risiko terkena kanser.
“Kerana majoriti kes kanser payudara tidak ada hubungannya dengan genetik, jadi anda harus menyimpulkan bahawa faktor gaya hidup, termasuk diet, memegang peranan penting,” demikian menurut kata Mary Flynn, penulis buku “The Pink Ribbon Diet” dan penyelidik serta ahli gisi di Miriam Hospital di Rovidence.
Nutrisi yang tepat yang dikombinasi dengan sukan dan menjaga berat badan boleh membantu menjaga agar tubuh tetap kuat, kerana hal ini penting untuk mengelakkan kanser payudara ataupun bagi pesakit yang sedang menjalani rawatan.
Untuk menurunkan risiko terkena kanser payudara berikut adalah lima makanan yang harus dimakan:
1. Minyak Zaitun
S |
elain mengandungi antioksidan dan fitonutrien – termasuk Squalene yang menghalang pertumbuhan tumor, minyak zaitun mempunyai kandungan lemak tak tepu tunggal yang lebih tinggi dari minyak yang lain. Lemak tak tepu tunggal dalam minyak zaitun tidak teroksida saat diproses oleh tubuh. Pengoksidaan adalah proses yang menghasilkan bahan kimia bernama radikal bebas yang boleh meningkatkan risiko kanser.
Untuk mendapatkan hasil yang maksimum, tambah dua sudu makan minyak zaitun dalam makanan harian anda. Bahkan anda boleh campurkan dalam sayur-sayuran. Untuk satu cawan sayur-sayuran, tambah satu sudu minyak zaitun.
2. Sayur-sayuran Jenis cruciferous
S |
ayur-sayuran yang mengandungi fitonutrien boleh menghentikan penyebaran kanser dan menahan sel-sel kanser terbentuk. Fitonutrien ini juga dapat menggeser metabolisme estrogen sehingga tubuh boleh menghasilkan jenis estrogen yang tidak mencetuskan kanser.
Tambah dalam makanan anda sayur-sayuran seperti brokoli, kecang brussel, kubis dan bayam. Untuk memaksimumkan manfaatnya, masaklah dengan menggunakan minyak zaitun sehingga tubuh boleh menyerap lebih banyak nutrisi.
3. Sayuran Berdaun Hijau
S |
ayur-sayuran berdaun hijau yang sarat dengan folat, vitamin B yang dapat memperkuat DNA. Kadar folat yang rendah dikaitkan dengan bertambahnya risiko terkena kanser. Pilihlah bayam dan kangkung, semakin gelap daunnya, akan semakin baik.
4. Ikan mengandungi minyak omega-3
W |
anita yang memakan ikan yang mengandungi asid lemak omega-3 mempunyai risiko 32 peratus lebih rendah terkena kanser payudara berbanding yang tidak, data ini dikeluarkan oleh jurnal Cancer Epidemiology, Biomarkers & Prevention. Lemak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3 boleh mengurangkan keradangan dalam tubuh. Para penyelidik percaya bahawa keradangan kronik boleh mendorong perkembangan kanser payudara.
Walaupun saat ini banyak tambahan omega-3, namun para penyelidik mendorong untuk mengambil ikan secara langsung, sekurang-kurangnya 3,5 ons ikan seperti ikan salmon, tuna dan tenggiri setiap minggu.
5. Tomato
T |
omato mengandungi lycopene, antioksidan yang kuat yang tidak hanya membuat tomato berwarna kemerahan tetapi juga melindungi tubuh dengan menghentikan pertumbuhan sel kanser.Tubuh menyerap lycopene dengan baik saat tomato dimasak, dikonsentrasikan atau diproses. Sumber utama kandungan lycopene ini boleh didapati dari tomato tin, sos tomato dan pes tomato.
Selain makan makanan yang sihat, ingat juga untuk menjaga berat badan, bersukan secara teratur, jangan merokok dan mengambil alkohol. Selain itu jangan lupa untuk melakukan pemeriksaan doktor secara berkala untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan