Khamis, 13 Jun 2013

Kenali Jenis makanan yang menambah dan hilangkan bau badan

B

au badan boleh membuat orang rasa kurang selesa untuk dekat dengan kita. Jadi ada pelbagai cara untuk membasmi bau badan yang kadang kala boleh buat orang lain ‘pengsan’

 

Tubuh menghasilkan peluh dari kelenjar apokrin dan ekrin. Kelenjar ekrin menghasilkan sebahagian besar ‘keringat masin’ yang menyejukkan tubuh. Bau badan timbul kerana kelenjar apokrin, yang mengeluarkan keringat lemak di daerah dengan rambut banyak, seperti kulit kepala, ketiak dan kelengkang.

 

Keringat berfungsi menghilangkan racun dari tubuh, termasuk yang dihasilkan melalui makanan yang anda makan, yang boleh berbau ketika bercampur dengan bakteria pada kulit. Menukar makanan anda boleh membantu mengurangkan bau tubuh.

Berikut beberapa makanan yang boleh membantu menghilangkan bau badan:

 

1.      Daging putih

Makan daging putih seperti daging ayam dan ikan, bukan daging merah (daging lembu atau kambing), boleh mengurangkan bau badan.

Sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal Chemical Senses tahun 2006 menyimpulkan bahawa pengambilan daging merah boleh memberi kesan negatif pada bau badan.

 

2.      Sayur-sayuran

Oregon State University menyatakan bahawa bau badan yang busuk dikaitkan dengan makan makanan yang mengandungi tahap Kolin tinggi. Food and Nutrition Board of the Institute of Medicine mengesyorkan bahawa orang lelaki sepatutnya mengambil tidak lebih dari 550 mg choline sehari dan perempuan tidak lebih dari 425 mg per hari.

Sayuran umumnya rendah kolin dan makan makanan yang kaya dengan sayuran yang dimasak maupun segar (mentah) boleh membantu mengurangkan bau badan.

Sayur-sayuran yang mengandungi jumlah Kolin paling rendah antara lain kangkung, lobak, timun, labu, tomato, lobak, salad.

 

3.      Buah

Buah adalah contoh lain makanan yang rendah kolin dan dapat membantu menghilangkan bau badan.

Epal, strawberi, pir, jus oren, jus anggur, nanas, pisang, blueberry dan semangka mengandung beberapa tahap terendah choline.

 

Berikut pula adalah jenis makanan yang boleh meningkatkan bau badan anda :

 

·         Makanan Berempah

·         Daging Merah seperti kambing

·         Coklate, soda, teh, kopi dan alkohol

·         Makanan ringan

·         Makanan rendah karbohidrat

·         Produk tenusu

·         Rokok

 


*Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan