KUALA LUMPUR, 16 Jun 2013 - Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan dakwaan kononnya vaksin atau imunisasi untuk bayi mengandungi bahan-bahan haram dan membahayakan nyawa.
Dalam kenyataan bersama, kedua-dua agensi itu turut menafikan program imunisasi kerajaan itu sejak 1950-an bertujuan melemahkan umat Islam.
"Kementerian Kesihatan dan JAKIM menasihatkan seluruh masyarakat tidak terpengaruh dan percaya dengan berita-berita yang disebarkan dalam pelbagai saluran media oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.
"Sekiranya timbul keraguan atau perlukan pengesahan, elok rujuk kepada pihak berkuasa supaya penyebaran isu-isu seumpama itu tidak menimbulkan kegelisahan kepada masyarakat seluruhnya," demikian menurut kenyataan itu.
Semua vaksin berkenaan didaftar di bawah Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan dinilai mengikut keperluan piawaian antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dari aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.
Kenyataan itu berkata kesan sampingan akibat imunisasi selalunya adalah ringan dan tidak berbahaya berbanding kesan jangkitan penyakit itu sendiri dengan kesan sampingan yang kerap dilaporkan adalah demam dan sakit di tempat suntikan.
"Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan sentiasa memantau kesan sampingan akibat imunisasi di semua fasiliti kesihatan. Sehingga kini, tiada tindakan regulatori terhadap vaksin akibat kesan sampingan," jelas kenyataan itu.
Dari sudut pandangan syarak, kenyataan itu menjelaskan, imunisasi yang merupakan jalan pencegahan adalah perkara yang dituntut dalam Islam sesuai dengan kaedah usul fikah.
"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia sejak 1988 telah mengeluarkan beberapa pandangan hukum berkaitan langsung dengan imunisasi yang seharusnya menjadi panduan seluruh umat Islam," demikian menurut kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu, maklumat lanjut mengenai penggunaan vaksin dari sudut syarak tersebut boleh didapati di portal e-Fatwa iaitu www.e-fatwa.gov.my - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "