Jumaat, 14 Jun 2013

Helikopter didakwa terkecil di dunia

Saiz NANO-FALCON berbanding tetikus komputer.

 

TOKYO, 13 Jun 2013 - Sebuah syarikat pengeluar alat permainan Jepun membina helikopter yang didakwa terkecil di dunia. Dinamakan NANO-FALCON, pesawat mini tersebut dibina oleh firma CCP Co.

NANO-FALCON dikawal menggunakan alat kawalan jauh inframerah. Panjang helikopter itu hanya 65 milimeter dengan berat 11 gram. Ia boleh diterbangkan untuk lima minit selepas dicaj selama setengah jam.

Barangan permainan tersebut dijual pada harga sekitar AS$46.

Helikopter tersebut yang diperkenalkan pada Pameran Alat Permainan Antarabangsa di sini semalam boleh juga dicaj menggunakan portal USB. - Agensi

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan