Isnin, 27 Mei 2013

WHO desak keterbukaan informasi

Virus korona ini juga menunjukkan simptom seperti jangkitan Sars.

 

NEW YORK, 24 Mei 2013 - Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendesak negara-negara yang memiliki kemungkinan serangan virus korona dikenali sebagai NCoV untuk bertukar informasi.

 

Langkah ini dibuat setelah Arab Saudi mengatakan perkembangan diagnosisnya tertangguh berikutan adanya hak paten NCoV oleh makmal komersial.

 

Sebanyak 22 orang dilaporkan maut dan 44 kes disahkan positif NCoV di seluruh dunia sejak 2012, demikian menurut WHO.

 

NCoV merupakan virus dalam kelompok sama dengan virus yang menyebabkan penyakit sindrom pernafasan akut, Sars.

 

Penyebaran penyakit Sars pada 2003 menewaskan 770 orang. Namun menurut WHO, NCoV dan Sars memiliki ciri-ciri yang berbeza di antara satu sama lain.

 

Virus ini pertama kali dikesan di Arab Saudi, iaitu negara yang dilaporkan mempunyai kes terbanyak.

 

Timbalan Menteri Kesihatan Arab Saudi, Zaid Memish mengungkapkan kerisauan tersebut dalam Pertemuan Kesihatan Dunia di Geneva.

 

"Kami berjuang untuk dapat melakukan diagnosis kerana virus tersebut telah dipatenkan oleh para ilmuan dan tidak boleh digunakan untuk dikaji oleh ilmuan lain.

 

"Saya fikir perkembangan yang tertangguh ini dipengaruhi oleh paten virus," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan