Detik pelancaran Delta 4.
FLORIDA, 26 Mei 2013 - Roket tanpa manusia, Delta 4 dilaporkan berlepas ke angkasa lepas bagi menempatkan satelit pelbagai guna dan komunikasi jalur lebar ke dalam orbit untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat (AS), kelmarin.
Menurut pegawai, roket setinggi 66 meter itu, berlepas dari Stesen Tentera Udara Cape Canaveral, Florida melintasi Lautan Atlantik sewaktu menuju orbit pada jam 8.27 malam waktu tempatan.
Berdasarkan laporan Reuters, bahagian atas Delta 4, dilengkapi sistem kelima Wideband Global SATCOM atau WGS dan rangkaian satelit yang memberi kemudahan komunikasi berkelajuan tinggi kepada ketenteraan AS, pemimpin negara serta sekutunya.
Timbalan Pengarah Ketenteraan Komunikasi Satelit, David Goldstein berkata, tujuan sebenar pelancaran Delta 4 adalah untuk memudahkan pasukannya memandu pesawat perang pasukannya memandu pesawat perang dengan lebih jauh.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan