Khamis, 30 Mei 2013

Perkenal pelalian Measles-Rubella menjelang 2020

KUALA LUMPUR, 30 Mei 2013 - Kombinasi pelalian bagi demam campak dan kelahiran cacat dinamakan Measles-Rubella (MR) dijangka diperkenalkan menjelang 2020.

 

Ketua Pegawai Eksekutif GAVI Alliance, Dr Seth Berkley, berkata vaksin MR adalah kombinasi terbaru antara suntikan pelalian cegah campak dan vaksin Rubela itu akan diperkenalkan di 49 negara menjelang tempoh itu.

 

“Vaksin itu akan memanfaatkan lebih 700 juta remaja dan kanak-kanak perempuan di bawah usia 15 tahun,” katanya dalam sidang media sempena Persidangan Global Women Deliver 2013, di sini, semalam.

Pendedahan pada tahap rendah

D

alam pada itu, beliau berkata pendedahan mengenai ujian saringan dan rawatan barah di negara sedang membangun masih pada tahap rendah.

 

“Sekurang-kurangnya setiap dua minit wanita di seluruh dunia mati disebabkan barah pangkal rahim dan kadar kematian mencecah sehingga 55 peratus di negara mundur, berbanding hanya 35 peratus di negara maju,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan