Khamis, 30 Mei 2013

Laman web berita online Singapura kena ada lesen

SINGAPURA, 29 Mei 2013 - Kerajaan Singapura berkata, dasar baru republik itu memerlukan laman web berita online mempunyai lesen, tindakan yang dikritik sebagai bentuk penapisan di negara yang medianya sudah dikawal ketat.

 

Dasar itu memerlukan laman web yang kerap melaporkan berita mengenai Singapura dan mempunyai sekurang-kurangnya 50,000 pengunjung sebulan untuk memohon lesen tahunan, kata Pihak Berkuasa Pembangunan Media (MDA) dalam kenyataan kelmarin.

 

Ia juga perlu membuang kandungan yang didapati melanggar piawaian MDA dalam masa 24 jam selepas pemberitahuan.

 

“Ini jelas satu bentuk penapisan. Cuba mengatur internet seperti cuba menggenggam jeli, semakin ketat genggaman, lebih cepat ia bocor,” kata blogger politik dan sosial, Lee Kin Mun, yang lebih dikenali dengan nama penanya, Mr Brown.

Kenakan bon RM120,000

M

DA berkata, dasar baru itu, yang berkuat kuasa Sabtu ini ( 1 Jun 2013 ) akan meletakkan laman web berita sebagai rangka kerja lebih konsisten dengan landasan berita tradisi yang sudah pun mempunyai lesen secara individu.

 

Ia berkata, dasar akan melaksanakan penalti kewangan atau lesen mana-mana laman web digantung atau ditarik balik jika tidak mematuhi syarat.

 

Bagi memperoleh lesen, laman web perlu meletakkan bon sebanyak S$50,000 (RM120,000). Ia sama seperti permohonan mendapatkan lesen penyiaran televisyen di republik itu. - AP/AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan