Beratus-ratus kesan meteroid di atas permukaan bulan dirakamkan Agensi Angkasa Lepas Amerika ketika pemantauan dilakukan baru-baru ini.
PARIS, 27 Mei 2013 - Bahan galian yang ditemui dalam kawah bulan mungkin tinggalan asteroid yang merempuh ke dalamnya dan bukan seperti yang dipercayai sebelum ini bahawa ia adalah bahagian dalam satelit yang terdedah akibat hentaman itu, kata satu kajian kelmarin.
Penemuan itu, diterbitkan dalam jurnal Nature Geoscience, menimbulkan keraguan terhadap apa yang hanya sedikit diketahui mengenai komposisi bulan.
Anggapan sekian lama adalah meteoroid mengewap jika dihentam objek angkasa lepas yang besar.
Galian atau mineral luar biasa seperti ‘spinel’ dan ‘olivine’ ditemui di kebanyakan kawah bulan, namun jarang berada di atas permukaan bulan, sekali gus dikaitkan dengan penggalian lapisan sub-permukaan bulan jika dihentam asteroid.
Olivine dan spinel adalah komponen biasa asteroid dan meteorit ditemui pada lantai dan sekitar puncak tengah kawah bulan seperti Copernicus, Theophilus dan Tycho yang mempunyai diameter kira-kira 100 kilometer.
Kelajuan 12 kilometer
S |
epasukan penyelidik dari China dan Amerika Syarikat mensimulasi pembentukan kawah bulan dan mendapati pada kelajuan hentaman di bawah 12 kilometer sesaat, satu objek mungkin terselamat daripada hentaman, walaupun berkecai dan cacat.
“Kami membuat kesimpulan bahawa sesetengah mineral yang dipantau di tengah kemuncak kebanyakan kawah impak bulan mungkin berasal dari bahagian luaran dan bukan bahagian asal bulan,” mereka menulis.
Penulis bersama Jay Melosh dari Universiti Purdue di Indiana, berkata penemuan itu menjawab teka teki yang didedahkan oleh kajian terdahulu yang berkata kawah bersaiz Copernicus tidak cukup besar untuk mengorek bahagian dalaman bulan. - AFP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan