/

Selesema burung baharu menjangkiti manusia

SHANGHAI, 31 Mar 2013 - Dua orang di bandar raya ini disahkan maut selepas dijangkiti selesema burung dengan strain berbeza yang selama ini tidak pernah menjangkiti manusia, lapor agensi rasmi Xinhua News hari ini.

Dua orang lelaki itu, berusia 87 dan 27, jatuh sakit pada penghujung Februari lalu dan meninggal dunia pada awal Mac.

 

Sementara itu, menurut laporan Suruhanjaya Kesihatan dan Perancangan Keluarga Kebangsaan (NHFPC), seorang wanita di daerah Anhui juga dijangkiti virus tersebut pada awal Mac dan sedang dalam keadaan kritikal.

 

Strain yang ditemui dalam ketiga-tiga kes pesakit tersebut dikenal pasti sebagai H7N9 yang belum pernah dikaitkan dengan manusia.

 

Pakar daripada NHFPC yang membuat penyelidikan klinikal, ujian makmal dan kaji selidik epidemiologi mengesahkan bahawa ketiga-tiga kes tersebut merupakan jangkitan pertama H7N9 terhadap manusia.

 

Pesakit-pesakit itu menunjukkan simptom demam dan batuk yang berlarutan hingga menjadi pneumonia.

 

Bagaimanapun, pakar masih tidak jelas tentang cara virus itu berjangkit, memandangkan ujian yang dibuat ke atas kesemua 88 orang yang berhubung rapat dengan pesakit tersebut tidak menunjukkan sebarang gangguan kesihatan.

 

Sehingga kini, tiada vaksin dicipta untuk menentang virus H7N9. - Reuters

 

Unknown , Isnin, April 01, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog