2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Jaip sahkan 47 hotel halal

KUANTAN, 12 Mar. 2013 – Jabatan Agam Islam Pahang (Jaip) mengesahkan sebanyak  47 resort dan hotel di negeri ini menghidangkan masakan suci dan halal sekali gus boleh dinikmati umat Islam tanpa keraguan.

 

Daripada jumlah itu, sebanyak 24 hotel disahkan menyajikan makanan halal di daerah Kuantan manakala enam di Cameron Highlands, lima di Bentong  dan masing-masing dua dan satu di  Lipis dan Jerantut.

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal, Noridzuan bin Abdul Manan berkata, daerah Temerloh, Raub dan Rompin pula masing-masing mempunyai tiga hotel yang menyajikan makanan halal.

 

Menurutnya, pengesahan itu berikutan unitnya berpuas hati selepas beberapa sesi pemantauan dilaksanakan selepas pihak pengurusan hotel memohon sijil halal sebelum pemeriksaan lanjut dilaksanakan.

 

Pihak pengurusan hotel yang mendapat sijil halal sudah dipastikan mematuhi standard, syarat dan prosedur halal yang ditetapkan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

 

Bagaimanapun, katanya, Jaip tidak akan berkompromi dengan pihak hotel atau premis yang melanggar syarat, standard dan prosedur pensijilan halal dengan menggantung atau menarik balik sijil halal.

 

Beliau berkata, sebelum mendapat sijil berkenaan, mereka perlu mengisytiharkan semua bahan yang digunakan dalam masakan dan minuman mempunyai logo halal yang diiktiraf atau disahkan sebagai halal.

 

Katanya, Jaip turut memandang serius kebersihan dapur dan mahu penyediaan makanan dilakukan mengikut amalan yang ditetapkan ketika proses penyediaan dan pengendalian makanan.

 

Jaip turut mengambil kira kebersihan ketika  proses penstoran dan penyimpanan bahan mentah kering dan basah,” katanya.

 

Noridzuan mengingatkan semua pihak yang mahu mengadakan aktiviti atau program di hotel supaya lebih prihatin memilih hotel yang disahkan halal bagi menjamin kualiti makanan dan status halalnya terpelihara.

 

Pengguna boleh merujuk ke laman sesawang Jaip di http://jaip.pahang.gov.my bagi melihat senarai penuh hotel dan premis yang menerima sijil halal.

Unknown , Selasa, Mac 12, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog