KUALA LUMPUR, 12 Mar. 2013 - Bilangan individu kaya Malaysia dengan aset bersih bernilai US$30 juta atau lebih setiap seorang dijangka meningkat 51 peratus kepada 1,294 orang dalam tempoh 10 tahun akan datang daripada 828 orang ketika ini.
Masih ada ruang bagi penciptaan kekayaan meskipun persekitaran ekonomi global yang suram beberapa tahun lepas, demikian menurut laporan daripada Knight LLP, pakar runding hartanah global bebas utama.
Ketua Penyelidikan Knight Frank Asia Pasifik, Nicholas Holt berkata pertumbuhan dan tumpuan kekayaan kini beralih ke bahagian timur, dengan Asia dijangka menyaksikan kelahiran lebih ramai individu kaya dalam tempoh 10 tahun akan datang berbanding mana-mana rantau lain.
"Data daripada laporan kekayaan menunjukkan bahawa pertumbuhan keluaran dalam negara kasar di kebanyakan negara membangun Asia akan mewujudkan peluang keusahawanan yang akan memudahkan penciptaan kekayaan," kata Holt kepada pemberita di majlis pelancaran laporan The Wealth Report 2013 di sini, hari ini.
Berdasarkan kepada kaji selidik itu, portfolio pelaburan paling popular dalam kalangan pelanggan Malaysia pada 2012 ialah hartanah, diikuti tunai dan ekuiti, katanya.
Mengenai permintaan bagi hartanah kediaman utama, Holt berkata dalam majoriti lokasi di seluruh Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika, keseluruhan permintaan bagi hartanah sedemikian membantu melonjakkan lagi harga ke paras lebih tinggi, dalam kes tertentu hingga menyebabkan kerajaan-kerajaan merasakan perlu untuk mengekang permintaan.
"Sekatan kerajaan ini di pasaran-pasaran yang bersaing dengan Malaysia mungkin membuktikan menjadi pemangkin bagi pelabur untuk melihat Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Baharu (terutamanya Iskandar Malaysia) sebagai destinasi pelaburan alternatif menarik pada 2013," katanya.
Hasil kaji selidik itu juga menunjukkan peningkatan perbelanjaan pelanggan bagi barangan mewah dan aktiviti dermawan di Malaysia pada 2012, di mana tiga pelaburan kesukaan paling utama ialah perabot antik, kereta klasik dan karya seni, kata Holt. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "