/

Google lancar laman pilihan raya Malaysia

KUALA LUMPUR, 29 Mac 2013 - Bagi membantu para pengundi untuk kekal dengan maklumat terkini  di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-13 yang bakal menjelang tiba, Google melancarkan hab pilihan raya di www.google.com.my/elections  di mana rakyat Malaysia boleh mengkaji, menonton, mempelajari, dan mengambil bahagian di dalam isu-isu polisi yang membentuk kempen sempena hari pilihan raya hampir tiba.

 

Laman web pilihan raya menampilkan berita terkini berkaitan pilihan raya dan trend carian, beserta pautan-pautan mudah ke laman web parti-parti politik dan saluran-saluran YouTube.

 

Pengguna akan dapat mencari maklumat pada masa nyata (realtime) pilihan raya di dalam laman web dan menggunakan sumber maklumat pengundi yang  telah disusun dari pelbagai sumber.

 

Jurucakap Google Malaysia, Zeffri Yusof berkata, langkah ini diambil ekroan fakta terdapat ramai pengundi muda dan pengundi baru terlibat dalam pilihan raya akan datang dan bergantung kepada Internet untuk sumber maklumat.

 

"Misi Google adalah untuk menjadikan maklumat boleh diakses dimana jua dan berguna untuk pengguna — dan ini sememangnya untuk pilihan raya," kata jurucakap Google.

 

"Kami mahu memastikan rakyat Malaysia mempunyai akses kepada semua maklumat yang tersedia untuk mereka dalam usaha untuk membantu mereka membuat keputusan yang tepat pada hari pilihan raya."

Laman Google Election adalah sejajar dengan visi pengasas Google: untuk mengatur maklumat dunia dan menjadikannya boleh diakses dimana jua dan berguna.

 

Akses: Apabila disebut tentang pilihan raya, Google mahu membantu rakyat Malaysia mempunyai akses kepada semua maklumat yang tersedia untuk mereka dalam usaha membantu mereka membuat keputusan yang berpengetahuan pada Hari Mengundi.

 

Penglibatan: Membenarkan rakyat keupayaan untuk berhubung dan terlibat secara langsung dengan calon-calon melalui pelbagai platform Google, seperti menonton siaran-langsung di YouTube atau membincangkan isu-isu di Google+ Hangout.

 

Google Malaysia telah bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menyediakan maklumat kepada orang awam: parti-parti politik di Malaysia, pemilik media dan pertubuhan bukan kerajaan.

 

Sebaik sahaja dilancarkan, laman web ini akan kekal sebagai sumber masa depan untuk pengundi di Malaysia, termasuk Pilihan Raya Umum di masa hadapan.

 

Sementara itu, Ketua Hal Ehwal Kerajaan dan Dasar Asia Tenggara Google, Goh Lih Shiun berkata, projek ini akan menjadi laman web "penuh" untuk rantau ini.

 

Google sebelum ini melancarkan laman web mini untuk laman web pilihan raya gabenor Bangkok.

 

Muhammad Ttuyup , Jumaat, Mac 29, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog