Selasa, 12 Mac 2013

Gerakan gesa rakyat Malaysia sertai 'Earth Hour'

KUALA LUMPUR, 12 Mac 2013 - Parti Gerakan menggesa rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam kempen 'Earth Hour' yang berlangsung pada 23 Mac ini bermula pukul 8.30 malam.

 

Pengerusi Biro Alam Sekitar, Keselamatan dan Kualiti Hidup parti, Dr Cheah Soon Hai juga menyarankan agar tempoh kempen dipanjangkan serta dilaksana sepanjang tahun bagi menjaga "kesihatan" planet bumi.

 

"Walaupun perbuatan memadam lampu selama sejam itu seperti perkara kecil, tenaga yang dijimatkan menerusi usaha beramai-ramai dapat membantu melindungi alam sekitar kita," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Inisiatif global yang bermula pada 2007 di Sydney, Australia, 'Earth Hour' dianggap kempen berkaitan planet terbesar di dunia dengan penyertaan lebih 7,000 bandar dan bandar raya di 152 negara setiap tahun. - Bernama

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan