Negara-negara anggota diberi tempoh 18 bulan bagi melaksanakan sekatan baru ini.
BANGKOK, 12 Mar. 2013 - Thailand mengumumkan persetujuan untuk menyekat perdagangan antarabangsa melibatkan empat spesies ikan jerung dalam menyelamatkan hidupan akuatik yang semakin pupus, semalam.
Persidangan Perdagangan Spesies Terancam Antarabangsa (Cites) yang dihadiri 178 ahli itu mencapai kata sepakat bagi mengawal eksport hidupan akuatik terancam dan tiga jenis jerung tukul.
Jurucakap aktivis akuatik berkata, kesemua ahli persidangan diberi tempoh selama 18 bulan untuk memperkenalkan kawalan perdagangan baru itu kepada negara masing-masing.
"Mereka bersetuju untuk melindungi spesies jerung putih, jerung paus, jerung tukul, jerung porbeagle dan pari manta," katanya.
Sewaktu persidangan, wakil Brazil, Colombia dan Amerika Syarikat turut menggesa negara Jepun dan China berhenti menghidangkan sirip ikan jerung yang dianggap tidak mendatangkan sebarang khasiat.
Setakat ini, manusia dilaporkan membunuh kira-kira 100 juta ikan jerung setiap tahun bagi tujuan mendapatkan siripnya. - BangkokPost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan