2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Cerpen :: Cili Girls : Part 1

"Lari girls, lari!!! Split, split!!!"

 

K

oridor tingkat empat blok E hingar-bingar dengan bunyi jerit-pekik Stella juga kumpulan Cilinya. Mereka yang tadinya sedap melepak di bahagian belakang sekolah walaupun waktu rehat sudah tamat dikejutkan dengan bayang Ustaz Amir, guru disiplin sekolah.

 

Segera saja mereka semua mengambil langkah seribu dan lintang pukang melarikan diri.

 

Kebetulan pula saat Aina, salah seorang dari enam ahli kumpulan Cili Girls secara tidak sengaja bertembung dengan Ustaz Amir. Bagaimana mereka semua tidak gila-gila melarikan diri jika guru disiplin sudah mengejar mereka dengan rotan di tangan seperti seekor seladang yang sedang kemarahan.

 

"Sri, Anom, masuk library, ustaz Amir tak nampak korang berdua. Nanti korang pandai-pandailah auta cakap baru keluar dari library."

 

Stella mengurut-urut dadanya yang sedang tercungap-cungap sebelum menolak tubuh kembar Sri Amira juga Siti Solehanom agar masuk ke dalam perpustakaan agar tidak dicekup. Aina dan Saddyana sudah bersembunyi di tandas manakala Marziana sudah memecut laju ke dalam kelas. Almaklumlah, Marziana atau nama pendeknya Mar, adalah jaguh marathon sekolah. Pasti Ustaz Amir langsung tidak dapat menangkap bayangnya juga.

 

"Oh shit!"

 

Stella menyumpah kecil apabila wajah garang Ustaz Amir kelihatan tidak jauh dari tempat dia berdiri. Cepat juga orang tua ini berlari. Stella mendengus dalam hati. Nak tunggu ke nak lari?. Larilah!!.

 

"Stella, berhenti!"

 

Meremang bulu roma Stella apabila Ustaz Amir sudah dapat mengecam wajahnya dan menjerit memanggil namanya dari kejauhan. Stella buat bodoh dan menyambung lariannya tanpa rasa bersalah.

 

Saat berlari dan ingin membelok ke koridor bahagian kiri, Stella telah terlanggar seseorang. Mata Stella membulat melihat gerangan pemuda yang dilanggarnya. Habis berterabur helaian kertas juga buku yang dibawa lelaki kacak itu.

 

"Crystalisa Castella, cuba jangan berlari-lari dekat koridor ni. Awak dah langgar saya, awak tahu tak?!"

 

Membulat mata coklat cair itu memandang Stella. Stella terkebil-kebil seketika. Mengapalah guru kelas barunya ini sangat kacak. Orangnya tinggi lampai, badan sasa, muka clean & clear, mata coklat cair pula. Almaklumlah Ku Jullian Daniel ialah lelaki melayu kacukan Thailand. Muka ala-ala pelakon terkenal Mario Maurer pun ada.!

 

"Er..maaf cikgu, saya tak sempat nak brek.!"

 

Stella menjawab selamba. Jullian hanya mampu menggeleng-geleng kepala. Pelik betul dengan pelajar genius kesayangannya yang comel tapi suka sangat buat onar itu.

 

"Banyaklah awak punya brek. Awak ingat, awak sedang pandu kereta ke apa?"

 

Jullian sengaja membuat muka tegang gaya ingin marah benar dengan pelajar comel itu. Pertama kali Jullian masuk dalam kelas 5 Sains Tulen, tiga bulan lepas, Jullian sudah terkejut mendengar nama pelajar perempuan itu. Crystalisa Castella, nama langsung tak macam nama melayu. Rupa-rupanya Stella ialah anak kacukan Belanda.Sebab itulah, nama dia pelik semacam. Terlebih orang putih pula.

 

"Alah… Cikgu Julli janganlah marah. Saya minta maaf sangat-sangat, saya tak sengajalah.."

 

Stella mula mencucuk jarum. Sekali-sekala dia berpaling ke arah belakang, takut-takut Ustaz Amir akan muncul dan merotan tangannya yang putih melepak itu.

 

"Huhh.. awak ni memang sengaja nak buat saya naik angin kan?. Dah berapa banyak kali saya pesan, panggil saya Cikgu Daniel, bukan Cikgu Julli, awak ingat saya perempuan ke apa?"

 

Jullian menjegil matanya ke arah Stella yang masih menunjukkan muka tak bersalah. Sudah banyak kali dipesan agar Stella memanggilnya Cikgu Jullian atau Cikgu Daniel, tapi gadis itu tetap juga suka memanggilnya Cikgu Julli. Pelajar lain tidak pula begitu. Stella memang suka buat dia marah.

 

Alamak cikgu handsome ni, banyak betul mulut nak membebel. Spoil betullah!. Mata Stella sudah membulat apabila terlihat kelibat Ustaz Amir jauh di belakang Jullian.

 

"Ok Cikgu Lian, maafkan saya banyak-banyak. Saya akan menebus kembali semua kesalahan saya."

 

Jullian tergelak dalam hati melihat gadis comel itu berbicara dengan muka pucat lesi. Cikgu Lian?. Nama baru lagi yang diperoleh Jullian dari Stella. Susah benar hendak menyuruh Stella memanggil namanya dengan nama biasa.

 

Stella tiba-tiba saja mengutip semua buku juga kertas Jullian yang jatuh dengan segera. Gadis itu kelihatan sedang takut akan sesuatu dalam pandangan mata Jullian. Jullian hanya berpeluk tubuh dan melihat telatah pelajarnya itu.

 

"Ha, kat sini pun awak Stella!!!. Kali ini awak tak dapat lari lagi!"

 

Jullian terperanjat kecil apabila suara Ustaz Amir tiba-tiba saja menjerkah dari arah belakangnya. Stella sudah terkedu dengan memegang kuat buku-buku Jullian yang dipungutnya sebentar tadi.

 

"Kenapa pula saya nak lari ustaz.. Ustaz ada hal ke nak jumpa saya?"

 

Stella dah mula dengan dramanya. Jullian hanya menjadi pemerhati. Rasanya dia tahu yang pelajarnya itu sedang cuba untuk menipu guru disiplin. Patutlah beria benar berlari tadi. Rupa-rupanya ingin lari dari dicekup Ustaz Amir.

 

"Awak jangan nak temberang dengan saya Stella. Saya nampak awak dengan kumpulan Cili awak tu sedang melepak di belakang bangunan tadi. Bila saya datang, semua bertempiaran melarikan diri. Cepat tadah tangan awak Stella, saya nak rotan!"

 

What the hell… Ustaz Amir ini… Seenak saja ingin menyuruh aku menadah tangan untuk dirotan. Ingat aku gila apa?. Stella bermonolog dalam hati.

 

"Ustaz tersalah orang tu, saya tak melepak pun kat belakang sekolah. Daripada tadi saya tolong Cikgu Lian angkat buku. Betul kan cikgu?"

 

Stella mengkebil-kebilkan mata bulatnya meminta simpati Jullian. Jullian pula seperti tergoda melihat sepasang anak mata hitam bulat yang bersinar itu. Aduh.. Jullian, kenapalah kau boleh tergoda dengan kelakuan nakal pelajar ini?.

 

"Em.. mungkin ustaz salah pandang. Stella memang daripada tadi ada dengan saya. Dia tolong saya angkat buku latihan untuk dibawa ke kelas 5 Sains."

 

I Like you lah cikgu!!!. Stella terjerit keriangan dalam hati sebaik saja Jullian membuka mulut berhadapan dengan Ustaz Amir. Ustaz Amir kelihatan bengang dengan penyataan guru muda itu.

 

"Awak selamat hari ini Stella sebab Cikgu Jullian back up awak. Lain kali, kalau saya nampak awak dengan ahli kumpulan Cili awak melepak dekat belakang sekolah. Saya akan sebat awak sepuluh kali."

 

Ustaz Amir merengus geram sebelum berlalu pergi. Stella memuncungkun bibirnya tanda tidak takut dengan ugutan Ustaz Amir.

 

"Awak buat apa melepak dekat belakang sekolah Stella?"

 

Jullian mengambil buku latihan yang berada di tangan Stella. Tidak mahu membebankan gadis itu. Nakal dan degil sangat. Bagaimanalah Ustaz Amir tidak geram dengan perangai Stella juga geng cilinya. Jullian pun kadang-kadang boleh naik darah.

 

"Eh, mana ada saya melepak belakang sekolah. Saya kan memang daripada tadi dengan cikgu."

 

Stella memutar belitkan fakta. Suka tengok wajah Jullian cemberut dan geram melihatnya. Jullian menyepetkan matanya dan memandang sakit hati gadis comel itu.

 

"Kalau awak berani nak menipu saya, saya akan cakap dengan Ustaz Amir yang awak memang sudah melepak dekat belakang sekolah."

 

Alah.. poyo lebih cikgu handsome ni. Stella berkata dalam hati.

 

"Alah.. cakaplah. Cikgu Julli yang tipu Ustaz Amir, bukannya saya… siapa suruh cikgu back up saya?"

 

Grr… Jullian menggigit bibirnya tanda geram. Menyesal pula kerana menolong Stella lepas dari denda Ustaz Amir tadinya.

 

"Ok fine. Saya menyesal back up awak. Lain kali jangan haraplah saya nak tolong awak atau mana-mana pelajar pun dari kena denda dengan Ustaz Amir."

 

Alahai.. merajuk pula ke Cikgu Jullian ini. Stella menggaru-garu kepalanya yang tak gatal bila melihat wajah bengang Jullian.

 

"Alah.. jangan merajuk Cikgu Lian, saya minta maaf ya. Saya mengaku yang saya melepak di belakang sekolah tadi. Saya minta maaf. Terima kasih sebab tolong back up saya tadi. Cikgu janganlah berhenti back up saya dan budak-budak lain daripada menjadi mangsa denda Ustaz Amir. Sakit tangan saya jika kena sebat dengan rotan buluh Ustaz Amir. Cikgu tak kesian pada saya ke??. Ermm…?"

 

Jullian tergelak dalam hati. Pandai betul Stella berkata-kata. Jelas sangat ingin berdrama. Jullian yang mendengar cepat pula cair hati. Dia hanya menjeling Stella dari ekor matanya. Gadis itu jelas terkebil-kebil dengan wajah bimbang menanti responnya.

 

"Ok, saya akan maafkan kesalahan awak. Tapi.. saya nak awak janji yang awak takkan panggil saya Cikgu Julli lagi. Boleh?"

 

Sporting betul Cikgu Jullian nih! Buat Stella bertambah sayang saja.

 

"Boleh. Saya nak panggil Cikgu dengan nama Cikgu Daniella boleh?"

 

Jullian melopong. Sabar jelah bila bercakap dengan anak belanda ini. Boleh naik angin satu badan. Ada saja perkara yang ingin dibuat main-main.

 

"Stella.."

 

"Ok, ok. Saya janji, mulai hari ni saya akan panggil cikgu dengan nama Cikgu Lian. Kalau saya terpanggil cikgu dengan nama cikgu perempuan, cikgu boleh denda saya."

 

Stella segera membuka mulut bila dia dapat menangkap wajah Jullian yang seperti ingin naik angin saat itu. Jullian hanya mampu mengeluh kecil dan menggeleng-geleng kepala. Dia memang langsung tidak boleh benar-benar marah akan gadis itu.

 

"Ok, saya ingat janji awak. Kalau awak panggil saya dengan nama cikgu perempuan. Saya akan denda awak."

 

Jullian sempat mengulang kembali janji Stella dengan nada tegas. Agak tidak suka bila Stella sengaja memanggil namanya dengan nama guru perempuan. Dia lelaki kacak dan segak. Langsung tiada unsur keperempuanan dalam dirinya. Cewah!.

 

Stella hanya mengangguk-angguk kecil sebelum menonong membawa helaian kertas kepunyaan Jullian menghala ke bilik guru.

 

"Ha, awak nak pergi mana pulak tu?"

 

Jullian menegur gadis itu sebelum Stella melangkah lebih jauh.

 

"Nak hantar kertas-kertas ni dekat meja cikgulah."

 

Stella jawab selamba, Jullian geleng-geleng kepala lagi.

 

"Stella, sekarang kan masa saya mengajar kelas awak. Saya nak bawa semua kertas tu ke dalam kelas awak. Awak lupa ke sekarang ni waktu Sejarah?"

 

Stella tersengih-sengih. Spoil betul!. Akibat takut dengan Ustaz Amir, jadual belajar pun Stella boleh lupa. Tak pasal-pasal kena sound dengan Cikgu Jullian.

 

"Ha, ha, ha. Saya ingat. Saya saja nak test cikgu sama ada cikgu ingat untuk mengajar kelas kami atau tidak."

 

Jawapan Stella hanya mampu membuatkan Jullian tersenyum kecil. Suka betul nak temberang. Ada-ada saja kerenah nakal pelajarnya yang seorang itu.

 

"Nak test konon.. Entah-entah awak memang dah plan dengan geng Cili Girls awak untuk ponteng kelas saya. Awak memang nak ponteng kelas saya ke Stella?"

 

Banyak bebel pula Cikgu Jullian ni.. Entah bila nak mengajar kelas 5 Sains jika dia asyik berbual dengan aku. Stella membebel dalam hati.

 

"Eh.. mana ada, Sejarah kan mata pelajaran kegemaran saya. Cikgu pula cikgu kesayangan saya. Takkanlah saya dan Cili Girls sampai hati nak ponteng kelas cikgu. Kami tak pernah terniat sebegitu."

 

Bila Stella bermulut manis, Jullian rasa hatinya berdebar-debar pula. Betul ke dirinya ialah guru kesayangan Stella? Atau.. gadis itu hanya pandai auta saja?.

 

"Jangan tipu saya Stella, saya dapat baca hati awak."

 

Jullian masih cuba bersoal jawab dengan pelajar itu.

 

"Cikgu, ahli nujum ke apa? Sampai boleh baca hati saya bagai?. Hanya Allah saja yang tahu isi hati setiap manusia.. Sebelum ada pelajar cakap cikgu makan gaji buta, lebih baik cikgu masuk kelas saya dengan segera."

 

Stella menjelirkan lidahnya sedikit tanda meluat dengan bebelan Jullian sebelum berlalu menuju ke kelas 5 Sains. Jullian yang mengikut dari belakang hanya mampu tersenyum sendirian. Mulut yang comel dan berbisa!. Tapi.. Jullian suka!.

 


Bersambung……..


 

Oleh : anabella

Rokiah Mad Dom , Khamis, Mac 14, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Rokiah Mad Dom

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog