Selasa, 19 Mac 2013

Barah ancaman baru negara membangun

Kuala Lumpur, 18 Mar 2013 - Kira-kira 25,000 kes baru berkaitan barah dilaporkan di Malaysia setiap tahun.

 

Pengurus Besar Kumpulan Divisyen Perhubungan Korporat PETRONAS, Datuk Mohd Medan Abdullah, berkata barah juga mengancam negara membangun dalam tempoh 7 tahun akan datang.

Penyakit ini juga dijangka menjadi penyebab kepada dua pertiga kes kematian di negara membangun pada 2020.

 

Sehubungan itu, penubuhan pusat penyelidikan khusus mengenai barah, Yayasan Inisiatif Penyelidikan Barah (CARIF) amat bermanfaat bagi menangani penyakit ini,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan cek oleh PETRONAS kepada yayasan itu.

 

Cek sumbangan RM5 juta disampaikan Ketua Pegawai Operasi dan Eksekutif Naib Pengerusi Perniagaan Hiliran PETRONAS, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin kepada Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah CARIF, Tunku Tan Sri Ahmad Tunku Yahaya sambil disaksikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif CARIF, Prof Teo Soo Hwang.

 

CARIF yang ditubuhkan pada 2000 adalah ilham Dr Mahathir bertujuan melakukan penyelidikan terhadap barah dan pelbagai penemuan dalam usaha mencari penawar terhadap penyakit berkenaan. - BHarian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan