Selasa, 19 Mac 2013

AirAsia diiktiraf syarikat terbaik

KUALA LUMPUR, 19 Mar 2013 - AIRASIA telah diiktiraf Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik 2013 sempena majlis ATN (Air Transport News) Awards Ceremony 2013 yang mengukur tahap kecemerlangan syarikat dalam industri pengangkutan udara.

 

Anugerah yang dimenangi AirAsia merupakan kategori baru yang diperkenalkan dan menyaksikan syarikat tersebut diberi pengiktirafan pertama.

 

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes berkata, dedikasi berterusan dalam menyediakan perkhidmatan premium dengan tambang rendah, inovasi berterusan dan sinergi tanpa bandingan untuk rangkaian jarak dekat dan jauh telah banyak menyumbang kepada kejayaan ini.

 

11 tahun lalu, kami hanya mempunyai dua pesawat lama dalam operasi dan kini kami telah mengendalikan 120 pesawat di lima negara dan terus menjadi syarikat penerbangan yang paling menguntungkan walau berdepan ekonomi tidak menentu.

 

“Terima kasih untuk pengiktirafan yang diberi dan ini adalah satu permulaan yang hebat bagi tahun ini,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan