Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 2:20 PM

20Rabu,Februari

3 minit , Lapan lelaki rompak berlian RM150 juta

SEORANG pekerja menggunakan kren mengalihkan blok konkrit di pintu masuk ke landasan Lapangan terbang Antarabangsa Zaventem yang diceroboh perompak, semalam.

Brussels, 19 Feb. 2013 - Sekumpulan perompak berpakaian polis dan bersenjatakan mesingan mencuri 120 bungkusan berlian dalam satu rompakan terbesar antarabangsa ketika ia dipunggah masuk ke dalam sebuah pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Zaventem, Brussels.

Stesen televisyen Belgium, VRT melaporkan nilai keseluruhan berlian itu adalah 350 juta euro (RM1.4 bilion).

Bagaimanapun, jurucakap Pusat Berlinan Antwerp berkata, nilainya mungkin AS$50 juta (RM150 juta).

“Apapun anggarannya, ia adalah antara rompakan terbesar pernah dilakukan,” katanya.

Dua kenderaan membawa lapan lelaki menghampiri sebuah van milik firma keselamatan Brinks yang baru selesai memunggah bungkusan berlian itu ke dalam sebuah pesawat penumpang Switzerland, kata pegawai.

Lapan Lelaki terbabit menceroboh penghadang lapangan terbang itu menaiki kereta polis palsu sebelum memandu melintasi van keselamatan diparkir di landasan bersebelahan dengan pesawat penumpang Switzerland dan tidak melepaskan satu das tembakan pun.

Kumpulan itu yang mengancam kakitangan bertugas, merampas dua peti logam berkunci mengandungi barangan berharga ketika ia dipunggah ke dalam pesawat penerbangan Helvetic menuju ke Zurich pada jam lapan malam.

Lelaki terbabit kemudian memunggah emas dan batu permata ke dalam kereta polis itu dan van kedua sebelum melarikan diri.

Rompakan itu berlangsung tidak sampai lima minit, kata jurucakap pejabat pendakwa raya Brussels, Ine Van Wymersch.

Perompak itu kini diburu polis.

“Mereka bersiap sedia sepenuhnya. Ada penumpang dalam pesawat itu tetapi tidak langsung sedar rompakan berkenaan,” kata Van Wymersch.

Seorang pendakwa raya Belgium berkata: “Kumpulan lelaki itu bersenjatakan pistol tiba dengan dua kereta.

“Mereka mengancam kakitangan penerbangan dan petugas keselamatan serta menuntut mereka menyerahkan berlian dan batu permata lain sebelum melarikan diri. Tiada sesiapa dilaporkan cedera.

“Suspek dipercayai membuat lubang di pagar keselamatan yang mengelilingi lapangan terbang itu.”

Sebuah kereta Audi Saloon diubah suai seperti kereta polis digunakan dalam insiden itu bersama dengan sebuah van Mercedes.

Van Mercedes itu ditemui dibakar di pinggir Brussels sejam selepas rompakan itu.

Pendakwa berkata, mereka tidak dapat mengulas nilai berlian itu atau siapa pemiliknya buat masa ini. - Reuters/ Agensi

Adam Merah , Rabu, Februari 20, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog