2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Syarikat hasilkan roti tahan 2 bulan

London -  Sebuah syarikat Amerika Syarikat membangunkan teknik terbaru yang didakwa mampu membuatkan roti tahan tanpa kulat selama 60 hari.
 
Roti terbabit dimasak di dalam ketuhar gelombang mikro khas yang mampu membunuh spora yang menyebabkan masalah kulat pada roti.
 
Syarikat terbabit mendakwa ini adalah penting untuk mengurangkan jumlah pembaziran roti di Britain sendiri yang hampir menyamai satu pertiga daripada roti yang dibeli.
 
Teknik berkenaan juga boleh digunakan untuk pelbagai makanan lain termasuk daging ayam belanda segar dan kebanyakan buah-buahan serta sayur-sayuran.
 
Satu daripada ancaman terbesar dalam roti adalah kulat atau cendawan. Ini kerana kebiasaannya roti akan dibungkus dalam plastik di mana air di dalam roti berkenaan akan menyejat dan terperangkap sekali gus mewujudkan permukaan yang lembap. Ini menggalakkan pertumbuhan kulat yang dikenali sebagai Rhizopus stolonifer yang menyebabkan roti terbabit cepat rosak.
 
Dalam kajian yang dilakukan di makmal Universiti Teknologi Texas di Lubbock, ketua eksekutifnya, Don Stull menunjukkan alat ketuhar gelombang mikro yang digunakan dalam industri pengeluaran.

Bunuh kulat roti
 
Ia direka pada awalnya untuk membunuh bakteria seperti MRSA dan salmonella, tetapi penyelidik akhirnya mendapati ia mampu membunuh kulat dalam roti hanya dalam masa 10 saat.
 
"Kami memanaskan sepotong roti di dalam alat ini, kemudian memeriksa kulatnya sepanjang masa tanpa kawalan," katanya yang dipetik the Guardian.
 
"Dalam masa 60 hari ia memiliki kandungan kulat yang sama apabila dikeluarkan dari oven," katanya.
 
Stull berkata, mesin itu dibina mereka menggunakan teknologi yang sama yang didapati dalam ketuhar gelombang mikro komersial tetapi dengan beberapa perbezaan penting.
 
Sekiranya pembuat roti mampu menggunakan teknologi ketuhar ini, mereka juga boleh mengelak penggunaan bahan tambahan lain. - Agensi
Unknown , Isnin, Disember 03, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog