DOHA: Timur Tengah dan Afrika Utara akan terjejas teruk akibat perubahan iklim dalam dekad akan datang, kata Bank Dunia dalam laporan dikeluarkan semalam.
Menurut laporan itu, rantau berkenaan akan semakin kurang menerima hujan, mencatat rekod baru bagi suhu panas dan peningkatan paras laut. Jika suhu meningkat seperti dijangka, kata laporan itu, keadaan semakin panas akan menjejaskan sektor pelancongan yang menyumbang sebanyak RM153 bilion kepada ekonomi negara terbabit.
“Ancaman lebih besar dihadapi sektor makanan - terutama di negara Teluk - kerana keperluan domestik banyak bergantung kepada bahan import.
“Kegagalan tanaman bertambah, hasil menurun dan pendapatan isi rumah berkurangan,” kata Bank Dunia. Antara masalah paling kritikal di rantau itu adalah kekurangan air bersih.
Laporan itu dikemukakan di sidang perubahan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.
Hampir 200 delegasi Timur Tengah bertemu untuk kali pertama membincangkan isu berkenaan. - AN

Tiada ulasan:
Catat Ulasan