/

Kira-kira 2,500 rakyat Malaysia dikesan hidap penyakit hati setiap tahun

KUALA LUMPUR, 26 Jun 2012 - Hanya 14 peratus daripada kira-kira 2,500 rakyat Malaysia yang dikesan menghidap penyakit hati kronik setiap tahun berpeluang menjalani pembedahan pemindahan  hati kerana kos operasi yang terlalu tinggi serta kekurangan infrasturktur dan tenaga pakar dan penderma organ.
 
Ketua Perkhidmatan Pembedahan Kebangsaan Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Harjit Singh berkata hanya 200 hingga 350 pesakit daripada kira-kira 2,500 penghidap penyakit hati kronik setiap tahun yang berpeluang menjalani pembedahan pemindahan hati.
 
" Jika dibandingkan kos pemindahan hati di hospital swasta dan hospital luar negara, rata-rata akan menelan belanja sekitar RM350,000 hingga RM1 juta, menyebabkan ramai pesakit tidak berkemampuan untuk membiayai kos pembedahan tersebut," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan Yayasan Maybank kepada Tabung Amanah Pusat Perkhidmatan Transplan Hepar Hospital Selayang di sini, hari ini.
 
Pengerusi Maybank, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM162,000 kepada Tabung Amanah Transplan Hepar yang diwakili oleh Pengarah Hospital Selayang, Dr Siti Zaleha Mohd Salleh.
 
Dr Harjit berkata penyakit pada hati berpunca daripada pelbagai faktor seperti terlalu banyak mengambil minuman keras (alkohol), jangkitan hepatitis dan kanser, dan ianya boleh  menyebabkan kematian jika tidak segera dirawat.
 
Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat dapat turut membantu dalam memastikan pesakit hati di negara ini berpeluang mendapatkan rawatan seperti yang telah dilakukan oleh Yayasan Maybank sejak 10 tahun lepas.
 
Penubuhan Pusat Perkhidmatan Transplan Hepar Kebangsaan pada April 2002 telah diperkukuhkan dengan sumbangan RM5 juta daripada Maybank bagi tujuan pembelian peralatan dan bantuan kebajikan pesakit yang kurang berkemampuan. - Bernama
Unknown , Rabu, Jun 27, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog