Jumaat, 18 Mei 2012

Makkah bandar raya pintar pertama

RIYADH : Projek Pembangunan Raja Abdullah bakal menjadikan Makkah bandar raya pintar pertama di Arab Saudi, kata Gabenor Makkah, Putera Khaled, semalam.


Berucap dalam forum pelaksanaan bandar raya pintar, Khaled berkata, tiada alasan untuk menafikan kemampuan Makkah mencapai status berkenaan.

"Kita mempunyai segala faktor untuk membolehkan projek ini berjaya, selain kepemimpinan yang hebat yang bersedia mengambil inisiatif sewajarnya.


"Kita juga menikmati suasana aman dalam negara, keselamatan dan dana mencukupi," katanya.

Dengan kelebihan yang ada, katanya, Makkah sepatutnya menjadi pelopor kepada bandar raya pintar di negara itu. - AN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan