Jumaat, 18 Mei 2012

Bomba Galakkan Orang Ramai Simpan Pemadam Api Dalam Kenderaan

KUALA TERENGGANU, 16 Mei - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggalakkan orang ramai menyimpan pemadam api di dalam kereta berikutan peningkatan kes kebakaran melibatkan kenderaan.
 
Pegawai Perhubungan Awam JBPM Terengganu, Rozizah Ibni Hajar berkata sehingga Mei tahun ini, pihaknya mencatat 28 kes kebakaran melibatkan kenderaan persendirian.
 
Beliau berkata jumlah ini sebenarnya menunjukkan penurunan berbanding tahun lalu iaitu 52 kes yang kebanyakannya berpunca daripada pendawaian litar pintas elektrik.
 
"Walaupun jumlah setakat ini menunjukkan penurunan, namun kita tetap menyarankan agar pemilik kenderaan persendirian meletakkan alat pemadam di dalam kereta bagi membolehkan mereka membuat langkah pencegahan awal.
 
"Selain itu, kita juga mengharapkan orang ramai sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik setiap masa sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku," katanya kepada Bernama hari ini. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan