2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Dunia hilang RM1.15 trilion

Bencana gempa, tsunami, banjir rekod kerugian tertinggi 2011
NEW YORK : Nilai kerugian akibat bencana pada 2011 adalah yang tertinggi dalam sejarah, ditaksirkan mencapai sekurang-kurangnya AS$380 bilion (RM1.15 trilion), khususnya disebabkan gempa bumi di Jepun dan New Zealand, kata utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin.
Wakil Khas Bagi Pengurangan Risiko Bencana PBB, Margareta Wahlstrom, berkata angka itu adalah dua pertiga lebih tinggi berbanding rekod sebelumnya pada 2005 apabila Taufan Katrina melanda wilayah selatan Amerika Syarikat.
 
Selain kerugian disebabkan gempa bumi, Wahlstrom berkata banjir besar di Thailand dan negara lain memburukkan keadaan.
"Mesej utama ialah keadaan ini adalah satu trend yang semakin biasa dan menyebabkan kerugian ekonomi meningkat," kata Wahlstrom.
"Walaupun kerugian semakin besar, kadar kematian akibat bencana menurun kerana negara terbabit mempunyai sistem amaran awal dan mengambil langkah persediaan rapi," katanya.
"Permasalahan ekonomi menjadi satu ancaman besar terhadap sesetengah negara. Pada hari ini, 50 peratus penduduk dunia terdedah kepada risiko bencana kerana mereka tinggal di kawasan yang mudah terdedah," kata Wahlstrom.
Wahlstrom berkata, Jepun paling terdedah kepada masalah ekonomi dan kedua tertinggi bagi penduduk terhadap potensi bencana.
Beliau memuji Jepun kerana usaha awal menghadapi kesan bencana namun turut berkata ada pengajaran perlu diambil selepas gempa bumi dengan kekuatan 9.0 skala Richter dan tsunami melanda, 11 Mac lalu.
Ketika bangunan secara umumnya bertahan daripada gempa bumi besar itu, tsunami yang menyusul menyerang kawasan timur laut, meranapkan keseluruhan bandar dan menenggelamkan loji jana kuasa nuklear Fukushima, mencetuskan masalah nuklear terburuk sejak Chernobyl pada 1985.
Wahlstrom berkata, risiko bencana meningkat secara global kerana perubahan cuaca, pengurangan sumber semula jadi, penggunaan tanah tidak teratur dan masalah alam sekitar semakin teruk.
Sebagai contoh, katanya menjelang 2050, dunia akan memerlukan 50 peratus lebih banyak makanan, 45 peratus lebih banyak tenaga dan 30 peratus lebih banyak air untuk penduduk yang semakin meningkat sedangkan sumber itu sudah terancam dan menjadi pencetus bencana. – AP
Unknown , Khamis, Mac 08, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog