2+4 hrs...Twogether Fourever

/

JUMLAH pengguna internet di China meningkat hampir 56 juta tahun lalu kepada separuh bilion dan hampir separuh daripadanya menggunakan weibos atau laman blog mikro, mengikut statistik rasmi negara itu semalam.

Populasi dalam talian China, yang teramai di dunia itu, meningkat kepada 513 juta pada 2011, naik 12.2 peratus berbanding tahun sebelumnya, kata Pusat Maklumat Rangkaian Internet China (CNNIC) dalam kenyataannya.

Sementara itu, sejumlah 48.7 peratus atau hampir 250 juta rakyatnya kini menggunakan weibos, berbanding hanya 63.1 juta pada 2010, sekali gus meletakkan cabaran besar kepada percubaan kerajaan untuk mengawal maklumat dalam negara yang memilik penduduk berjumlah 1.3 bilion itu.

Weibos, sebuah perkhidmatan blog mikro seperti Twitter, yang diharamkan di China, menjadi perantara paling popular bagi pengguna web untuk melepaskan kemarahan mereka terhadap rasuah, skandal dan bencana atau untuk mengingatkan orang ramai mengenai protes atau tunjuk perasaan.

CNNIC berkata, jumlah mereka yang menggunakan komunikasi tradisional, laman web forum atau blog semakin menurun.

Kerajaan negara itu menyekat kandungan Internet yang dianggap sensitif dari segi politik dalam sistem penapisan besar yang dipanggil 'Great Firewall Of China' dan amat bimbang kuasa internet dalam mempengaruhi pandangan umum.

Dalam cubaan untuk mengenakan lebih kawalan terhadap weibo, bandar tertentu seperti Shanghai dan Beijing kini mengkehendaki pengguna mendaftar nama sebenar bagi memudahkan pihak berkuasa mengesan mereka.

CNNIC berkata, jumlah penduduk luar bandar menggunakan internet juga meningkat tahun lalu, iaitu 8.9 peratus kepada 136 juta pada 2011. Bagaimanapun, terdapat perbezaan tinggi di antara jurang golongan kaya dan miskin.

Lebih 70 peratus penduduk Beijing menggunakan internet tahun lalu, hanya 24.2 peratus melayari internet di daerah barat daya Guizhou, kawasan termiskin di China. - AFP

Unknown , Rabu, Januari 18, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog