2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Snek

Di waktu malam, saat menonton televisyen ataupun menghadap komputer, pasti terasa ingin mengunyah sesuatu. Jikalau bukan coklat, pastinya makanan ringan lain yang menjadi pilihan. Buat yang bakal mendirikan rumah tangga, adakah anda sudah terlupa dengan jadual diet anda? Jikalau tertekan dengan persiapan perkahwinan sekalipun, janganlah hilangkan tekanan dengan memakan snek-snek yang tidak berkhasiat. Bukalah diari diet anda semula. Semak dengan teliti perkara-perkara yang sepatutnya anda lakukan untuk menurunkan berat badan.

Apakah snek berkhasiat?Pengambilan snek yang salah boleh mengundang kepada peningkatan berat badan dan mengganggu pola pemakanan harian. Namun, jika anda bijak mengambil snek dalam waktu yang betul dan sesuai, snek tersebut boleh memberikan tenaga yang berpanjangan. Pengambilan snek yang terbaik ialah dua jam sebelum waktu makan utama. Oleh itu, bakal pengantin di luar sana, rancanglah pemakanan yang baik untuk diri anda demi mendapatkan tubuh yang menawan di hari bahagia. Selain makanan ringan yang biasa dijadikan snek, cubalah makan makanan lain yang boleh dijadikan snek dan pastinya berkhasiat, sihat, dan seimbang.

Biskut bijirin, anggur, dan kejuSaat mendengar jenis-jenis makanan ini pastinya terasa gerun hendak memakannya. Namun, tahukah anda, jika mengambil biskut bijirin, anggur, dan keju ini dengan kadar yang betul, anda boleh tampil sihat? Bijirin penuh atau lebih dikenali sebagai wholemeal seperti gandum mampu menurunkan kandungan gula darah dan juga kolesterol. Keju pula yang semestinya menjadi kegemaran ramai, mampu menambahkan unsur protein di samping menstabilkan gula, mengelakkan daripada cepat lapar, dan sebagai sumber kalsium untuk tulang.

Sebiji epal sehari, menjauhkan kita daripada doktor!Pernahkah anda mendengar pepatah tersebut? Hal ini ada kebenarannya. Amalkanlah pengambilan buah-buahan seperti epal kerana buah ini mengandungi kadar kandungan gula yang rendah. Selain kandungan gula yang rendah, buah epal juga mempunyai serat yang tinggi dan sesuai untuk pesakit diabetes. Namun, jangan pula anda ''melupakannya'', walaupun anda tidak mempunyai diabetes. Lebih elok jika sediakan payung sebelum hujan, bukan?

Campuran sayur-sayuran segar dan yogurtSayur-sayuran segar dan mentah sememangnya kaya dengan pelbagai zat penting kerana tidak dimasak lagi. Oleh itu, untuk tambahan hidangan di malam hari, apa kata anda tambahkan menu sayur-sayuran segar seperti lobak merah dan brokoli. Kemudian, campurkan sayur-sayuran segar tersebut dengan yogurt
rendah lemak yang kaya dengan sumber protein. Dengan cara ini, perut akan lambat lapar selain tulang menjadi kuat.

Panduan
  • Pilihlah makanan yang boleh dijadikan snek dan semestinya yang rendah lemak, gula, dan garam.
  • Cubalah pilih snek daripada kumpulan karbohidrat kompleks serta tinggi serat, vitamin, dan mineral.
  • Rancanglah pemakanan harian anda mengikut panduan piramid makanan. Piramid makanan akan membantu mengimbangkan antara snek dan menu utama anda.
  • Snek boleh membantu anda mengelakkan diri daripada makan apa-apa sahaja yang anda lihat, namun mestilah snek yang berkhasiat.
  • Ambillah snek ketika anda lapar dan bukannya apabila anda rasa bosan, gelisah atau tertekan.
  • Hadkan pengambilan snek kurang daripada 250 kilokalori setiap kali ia diambil dan jika terlebih, lakukanlah senaman bagi menyeimbangkannya semula.
Muhammad Ttuyup , Khamis, Oktober 20, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog