2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Makanan lengkap, sihat

MENANGANI kerenah anak yang memilih makanan adakalanya memeningkan kepala ibu terutama mereka yang berkerjaya.

Masa untuk memuaskan hati anak yang memiliki selera tidak menentu ini boleh menyebabkan golongan ibu adakalanya tidak menang tangan.

Apa kata ubah corak penyediaan hidangan yang diberikan kepada si kecil anda agar ia menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.



Ibu bapa juga perlu mengajar kanak-kanak ini memahami istilah pemakanan yang sesuai dengan tubuh badan mereka dan mengajar mereka mendekati makanan berkenaan setiap kali menjelang waktu makan.


Bagi Noraizah Mohd Jaafar, 32, menjadi perkara biasa apabila kanak-kanak memilih untuk makan tetapi ia tidak seharusnya dijadikan sebagai tabiat dan perlu ditangani segera.

Sebelum ini anak-anaknya agak memilih makanan dan hanya makan sesuatu yang menarik perhatian mereka.



"Mereka memilih untuk makan ayam, sosej dan ketulan daging ayam (nuget) berbanding makanan sihat seperti sayuran, nasi dan susu.

"Sukar untuk meminta mereka makan makanan sihat dan ia amat membimbangkan saya kerana semua nutrisi penting untuk pembesaran mereka ada pada makanan sihat," katanya.

Bukan itu saja, katanya, jumlah pengambilan makanan mereka juga sedikit dan ia lebih mencabar untuk memastikan bekalan nutrisi diperlukan mencukupi.

Dia yang bekerja sebagai setiausaha berkata, antara cara yang boleh digunakan untuk menarik minat anak adalah dengan menyediakan makanan mereka dalam pinggan berwarna-warni.

"Setiap pagi saya akan sediakan sarapan pagi seperti roti, susu dan bijirin, tengah hari pula sup ayam, ikan kukus, sup ikan manakala makan malam bergantung pada mereka. Biasanya kami tidak makan nasi, saya gantikan dengan makaroni dan keju, spageti serta sup cendawan.

"Kepelbagaian dalam memadankan hidangan juga penting agar anak tidak berasa bosan dengan makanan sihat yang disediakan," katanya.

Noraizah berkata, tidak dinafikan penyediaan makanan berasaskan piramid makanan penting kerana ia boleh membantu ibu dalam mengenal pasti nutrisi penting diperlukan anak mereka.

Piramid makanan ialah konsep asas dalam garis panduan khasiat pemakanan dan ia diperakui serta disokong secara global pihak berkuasa kesihatan sedunia termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jika mengikut piramid makanan, hidangan yang perlu diambil lebih banyak adalah nasi, mi, roti dan bijirin kerana ia membekalkan tenaga untuk tumbesaran dan perkembangan fizikal mereka.

Di samping itu, buah-buahan dan sayur-sayuran juga perlu dihidangkan bagi membekalkan vitamin dan zat galian serta daging dan telur perlu diambil secara sederhana.

Selain itu, kanak-kanak perlu mengambil nutrisi tenusu yang membekalkan protein berkualiti tinggi, vitamin dan zat galian dengan kadar sederhana manakala lemak (minyak), gula dan garam dalam kuantiti yang sedikit.

Sementara itu, Norhayati Mohd Tarmizi, 29, pula tidak berhadapan dengan masalah sebegini kerana anak-anaknya mengambil semua hidangan yang disediakan untuk mereka.

Sejak kecil, mereka diajar untuk mengambil jenis pemakanan menyihatkan dan segala keperluan nutrisi diperlukan diberikan sebaik mungkin memandangkan dia suri rumah sepenuh masa.

"Saya bersyukur kerana anak tidak banyak ragam dalam soal pemakanan dan mereka makan apa saja yang disajikan.

"Jika kanak-kanak lain tidak gemarkan sayuran hijau tetapi alhamdulillah anak saya cukup gemarkannya dan saya berasa bertuah," katanya.

Bagaimanapun, tabiat pemakanan tidak seimbang dan selera makan yang kurang boleh menyebabkan anak kehilangan nutrien hingga menjejaskan seleranya.

Tip & Nasihat dari chef dan penasihat The Cooking House, Chin Pei Ling, antara tip diperlukan bagi memastikan anak mengambil hidangan menyihatkan termasuk:

Masak dan hidang makanan yang sesuai dengan cara betul.

Ibu perlu memerhatikan minat anak terhadap cara penyediaan makanan dan sediakan hidangan serta-merta. Cara memasak seperti merebus, membakar dan menumis adalah baik untuk kesihatan tetapi jauhi daripada menggoreng hidangan berkenaan.


Gunakan kreativiti agar ia lebih menyeronokkan.

Jika anak anda menolak makanannya, cuba memasak menggunakan cara berlainan. Tambahkan pelbagai warna ke dalam makanannya dan perkenalkan bentuk menarik bagi hidangan berkenaan.

Tawarkan hidangan berkenaan sedikit demi sedikit.

Jangan mengisi keseluruhan pinggan, sebaliknya hidangkan kepada mereka sedikit demi sedikit kerana ia boleh menggalakkan anak meminta lebih banyak lagi hidangan itu.

Hidangan disediakan berdasarkan kualiti bukan kuantiti.

Hidangkan makanan berkhasiat kepada anak seperti pasta dengan menambah brokoli, kentang, keju, telur, daging ayam, ikan, kacang buncis dan bahan lain yang menyihatkan.



Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan
rosmaliana@hmetro.com.my
Muhammad Ttuyup , Khamis, Oktober 20, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog