2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Penduduk dunia 7 bilion


WASHINGTON 28 Julai - Jumlah penduduk dunia akan mencapai angka tujuh bilion orang pada tahun ini, walaupun terdapat tanda-tanda berlaku peningkatan secara perlahan.
Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh Biro Rujukan Jumlah Penduduk, jumlah kelahiran penduduk mengalami penurunan daripada 2.1 peratus setahun pada lewat 1960-an kepada 1.2 peratus ketika ini.

Namun, laporan itu turut mendapati beberapa penurunan kadar kelahiran itu diimbangi oleh kemajuan ubat dan kesihatan awam yang memanjangkan hayat manusia.

Jika kadar pertumbuhan 2.1 peratus berterusan sejak 1960-an, jumlah penduduk dunia dianggarkan mencecah 8.7 bilion orang tahun ini, menurut tinjauan itu.

Jumlah peningkatan penduduk pada kadar 1 bilion orang untuk setiap 12 tahun juga dilihat akan terus kekal.

"Jumlah enam dan tujuh bilion telah dicapai pada tempoh itu dan kemungkinan besar angka lapan bilion penduduk juga akan dicapai dalam tempoh 12 tahun," kata tinjauan itu.
Jumlah penduduk dunia pada awal abad ke-20 ialah 1.6 bilion.

Sementara itu, jumlah kelahiran tertinggi masih kekal di negara-negara membangun dan miskin, tetapi jumlah kematian bayi turut mengalami kejatuhan ekoran kemajuan perubatan.
Perbezaaan antara kejatuhan kadar kematian dan kejatuhan kadar kelahiran pula berada pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Di Kenya contohnya, kadar kelahiran berada pada tahap empat peratus pada awal 1950-an dan tidak mengalami penurunan sehingga lewat 1970-an, ketika jangka hayat penduduk di negara itu meningkat kepada 56 tahun dari 42 tahun pada awal 1950-an.

Tinjauan ini melibatkan kajian di empat negara iaitu Uganda, Guatemala, India dan Jerman yang mempunyai perubahan tahap penduduk yang berbeza. – dpa
Blogger Tanpa Nama , Isnin, Ogos 01, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Blogger Tanpa Nama

EXECUTIVE DERECTOR :: Saya, Blogger Tanpa Nama, Lihat atas, Lihat Bawah, Lihat Belakang, Lihat Depan, teruskan perjalanan ini, Itulah wajah kehidupan kita di atas muka bumi ALLAH ini..
((((((( 'The unKnown' / 'The Blog Noname' )))))

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog