/

Pengharaman Setahun Untuk Bimbing Cara Guna Botol Susu Ada BPA

KUALA LUMPUR, 22 Mac - Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA) yang direndam di dalam air panas melebihi 10 minit akan mempercepatkan proses pindahan BPA kepada susu yang boleh memberi kesan terhadap sistem saraf bayi, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata berikutan itu, kerajaan memberi tempoh setahun untuk mengharamkan penjualan botol susu tersebut bagi memberi penjelasan dan bimbingan kepada ibu bapa cara penggunaan botol susu tersebut dengan betul.

"Botol ini boleh dipakai, ia tidak salah, ia bukan racun tetapi kita bimbang ibu bapa salah guna pakai botol susu kerana apabila ia direndam di dalam air panas lebih 10 minit, jadi proses pindahan BPA kepada susu lebih tinggi.

"Apabila ada migrasi BPA, ia akan sebabkan kesannya kepada neuro bayi itu, jadi kita rasa penggunaannya (yang salah), bukan botol itu,
" katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Kesihatan pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Pada 14 Mac lepas, kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA berkuat kuasa 1 Mac 2012 sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol tersebut selamat digunakan oleh bayi dan kanak-kanak.

Liow berkata tempoh setahun yang diberi kepada semua pihak yang terlibat termasuk pengguna dan industri adalah berpatutan dan kementerian juga akan memastikan tidak ada lambakan botol susu jenis tersebut di pasaran nanti.

"Penjualan botol susu tersebut juga beransur kurang kerana adanya pengumuman ini, pengguna telah berwaspada dan mempunyai kesedaran tinggi dan takkan beli botol susu polikarbonat ini.

Beliau berkata kementerian telah berkongsi maklumat dengan orang awam melalui kenyataan akhbar, poster dan risalah di mana bimbingan diberi mengenai cara mengenal pasti botol susu polikarbonat dan cara penggunaannya yang betul mengikut saranan kementerian untuk mencegah risiko pindahan BPA kepada botol susu.

Persidangan dewan disambung Rabu. - Bernama

Muhammad Ttuyup , Khamis, Mac 24, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog